AL FATIHAH
Tokoh politik veteran Terengganu Abdul Wahab Yunus telah kembali ke Rahmatullah sebaik usai Maghrib tadi. Beliau sudah lama sakit, diserang angin ahmar sejak tahun 2009. Abdul Wahab merupakan tokoh banyak berjasa kepada arena politik Terengganu khususnya kepada Pas.
Beliau juga pernah diamanah sebagai Pesruhjaya Pas Terenggan dan menjadi Adun di kerusi Ulu Dungun (1964 - 1969) dan kemudian menjadi ahli Parlimen Dungun (1969 - 1978).
Sepanjang kerjayanya dalam politik beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Kementerian Kewangan semasa Kabinet dibawa pimpinan Tun Abdul Razak. Beliau memegang berbagai-bagai jawatannya dalam parti khasnya di Terengganu, dan di Pas Pusat beliau pernah menjadi Bendahari Agung.
Insya-Allah saya akan menulis sedikit belesungkawa mengenai Allahyarham dalam blog ini. [wm.kl 11:26 pm 14/08/16]
No comments:
Post a Comment