ULASAN
PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan perhimpunan agung ke duanya pada 28 hingga 30 Disember ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya. Perhimpunan kali ini berbeza dengan perhimpunan sebelum ini, dimana Bersatu kini komponen parti kerajaan bukan lagi parti pembangkang.
Sesuai dengan perhimpunan selaku parti pemerintah, perhimpunan kali ini lebih tertumpu kepada pembinaan dan pembangunan negara. Soal kepentingan dan hak Melayu dijangka menjadi agenda utama. Tepat kalau Bersatu memainkan peranan untuk membincang soal Melayu lebih dominan berbanding kerabat PH lain memandang matlamat penubuhan parti itu untuk memperjuangkan Melayu, selepas Umno sudah kehilangan kuasa.
Parti komponen PH lain walaupun ada dipimpin oleh orang Melayu tetapi parti mereka bersifat multi racial yang menganuti ideologi liberal atau Islam liberal. Keadilan walaupun dipimpin oleh Melayu tetapi keMelayuannya tidak setulen Melayu dalam Bersatu.
Seperti mana diumumkan Setiausaha Agungnya Marzuki Yahya, perbahasan perhimpunan kali ini diadakan secara tertutup. Media massa dilarang untuk membuat liputan perbahasan itu. Larangan ini menimbulkan pertanyaan dan ia dirasakan satu tindakan yang bertentangan dengan semangat kebebasan yang diamalkan kini.
Apa lagi jika dibandingkan dengan kongres dan konvensyen Keadilan dan AMANAH (Parti Amanah Negara), kedua parti itu membuka mesyuarat agung mereka kepada media massa seluas-luasnya. Tidak ada apa yang ditutup dan disembunyikan. Malahan ia dibuat secara langsung menerusi live streaming. Apakah yang dibimbangkan oleh Bersatu untuk membuka persidangannya kepada media massa?
Alasan diberikan kenapa ia ditutup perbahasan kepada media massa, bagi mengelakkan timbul kontroversi, kerana mungkin ada pembahas yang tidak dapat mengawal emosi sehingga boleh menyentuh perasaan dipihak lain. Kalau itulah alasan diberikan, ia sia-sia sahaja. Tutuplah serapat mana pun media massa dapat menghidunya. Media massa tetap akan melaporkan kerana mereka tetap ada sumber membantu mereka. Lagi sesuatu itu sensitif dan dilarang, lagi menjadi kesukaan mereka dan diusahakan mendapatkannya.
Langkah menutup kepada media massa sia-sia sahaja seperti mana (off the record).
Apakah yang dibimbangi dan dikira sensitif kepada media massa itu. Apakah soal membincang agenda Melayu? Apa perlu hendak dibimbangkan kalau soal itu. Melayu adalah menjadi intipati perjuangan Bersatu yang mana parti lain tidak boleh mempersoalkan. Sebagai parti dinasihti oleh pemimpin seperti Dr Mahathir ia tidak perlu takut.
Atau pun kebimbangan mengenai perbahasan tentang kemasukan ahli Umno dan wakil rakyatnya ke dalam Bersatu yang dipertikaikan oleh pihak tertentu terutamanya oleh Keadilan waktu ini. Kalau inilah juga isu yang mungkin panas, Bersatu tidak perlu takut perkara ini.
Kemasukan atau penghijrahan ahli Umno ke dalam parti itu bukan perkara aneh atau sesuatu yang immoral. Apa salahnya ahli Umno menyertai Bersatu setelah Umno tidak menjadi kerajaan. Bukankah penyertaan mereka itu untuk mengukuh Bersatu sekaligus menunjukkan Bersatu menjadi pilihan. Sebagai parti politik Bersatu tidak dapat lari daripada usaha untuk mengukuhkan partinya.
Perkara perlu disedari dan diselidiki kenapa mereka (ahli Umno) memilih Bersatu tidak parti-parti lain khasnya,Keadilan misalnya.
Politik Selentia.
Sebenarnya aksi "politik Salentia" (lompat melompat) begitu bukan perkara yang memelik dan memalukan. Politik Salentia ini berlaku bukan baharu. Dan tindakan itu bukan satu kesalahan dan melanggar etika dalam politik.
Keadilan sendiri juga menerima hakikat yang sama. Selain daripada Anwar Ibrahim sebahagian besar para pemimpinnya dahulu adalah ahli Umno. Malahan Anwar sendiri ahli Umno tetapi ia mungkin tidak jadi masalah apabila beliau ditendang oleh parti itu kerana sebab-sebab tersendiri. Kenapa kalau ahli Umno ingin menyertai Bersatu menjadi satu kesalahan? Kenapa kalau ahli Umno menyertai Keadilan ia tidak dilihat satu dosa dan tindakan tidak berakhlak?
Kononnya mereka menyertai Umno untuk meruntuhkan PH. Kemasukan mereka akan mengucar kacir ketenangan PH. Sebenarnya siapa berasa terganggu dan bimbang dengan penghijrahan itu? Ini pun satu alasan yang dangkal dan tindakan yang kurang profesional. Ia tidak munasabah dan kemasukan ahli Umno dan wakil rakyatnya tidak perlu pun dibimbangkan. Siapakah sebenarnya bersa terganggu dengan penghijrahan itu?
Tuduhan dan anggap kemasukan itu sebagai agenda tertentu juga tidak tepat dan sekaligus ia seperti menafikan hak dan kuasa eksekutif yang ada kepada pemimpin Bersatu, termasuk penasihat, presiden dan ahli majlis tertingginya. Apakah semudah itu mereka akan membiarkan diri mereka diratah oleh Umno yang menyertai parti itu?
Saya ingin melantunkan pertanyaan bodoh, apakah ia menjadi masalah dan akan juga ditolak kalau ahli Umno dan wakil rakyatnya menyertai Keadilan? Rasanya tidak. Kenapa ia menjadi masalah dipersoalkan kerana ia menyertai Bersatu. Sikap ini tidak profesional dan double standard. Parti yang membimbangi akan penyertaan mereka ke Bersatu itu perlu sedar kenapa ahli Umno enggan menyertai mereka?
Kebimbangan ahli atau wakil rakyat Umno akan meruntuhkan PH dan mengambil alih kekuasaan juga tidak masuk akal sama sekali. Kebimbangan itu seolah-olah memperkecilkan kewibawaan pemimpin Bersatu khasnya dan para pemimpin PH amnya. Bukankah PH ada majlis presiden. Majlis ini merupakan badan tertinggi dalam menentu hal tuju parti. Setiap apa yang hendak dilakukan akan diputuskan oleh badan ini terlebih dahulu.
Adalah "rewel" kalau badan tertinggi yang kita bentuk sendiri tetapi kita tidak mempercayainya.
Justeru, Bersatu tidak perlu teralat dengan larangan keatasnya untuk menerima seberapa banyak ahli Umno termasuk wakil rakyatnya. Berdasarkan hakikat tadi parti-parti komponen dalam PH tidak perlu bimbang dan risau. Cuma apa yang Bersatu kena fikirkan, janganlah kalau kemasukan itu kelak boleh menganggu wilayah parti lain yang telah dibahagikan secara understanding.
Misalnya kalau ada langkah hendak memperluaskan wilayah di Sabah dan Sarawak mungkin ia perlu dikaji secara mendalam. Jangan sampai berlaku pertindihan kawasan operasi di kedua negeri itu. Terutamanya di Sabah, perluasan daerah Bersatu hendaknya jangan sampai menganggu daerah atau empayar Parti Warisan yang jelas telah menjadi pemangking kepada kekuasaan PH di negeri bawah bayu itu.
Kemasukan Bersatu ke Sabah juga tidak perlu kerana ia menimbulkan kebimbangan. Kerana Bersatu adalah duplicate Umno apa yang dilakukan Umno di Sabah sebelum ini akan akan dibimbangi berulang kembali. Eloklah kalau Sabah itu diserahkan kepada Warisan dan mengekalkan status quo yang ada kini.
Apa yang perlu difahami juga ada baiknya untuk bersatu menerima mana-mana wakil rakyat Umno yang bersih, tidak "terleset" dengan najis dan noda. Seperti mana kata Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin penerimaan ahli atau wakil rakyat Umno tidak akan dibuat secara wewenang. Mereka akan ditapis dan Bersatu akan menerima mereka yang lepas dari tapisan SPRM dan polis.
Ertinya mereka bermasalah ada penyakit tidak akan diterima oleh parti itu. Jadi apakah masalah untuk melarang atau mencurigai kemasukan ahli Umno ke dalam bersatu.
Biarlah saya berterus terang di sini, apa yang dibimbangkan takut kemasukan mereka mengukuhkan kedudukan Dr Mahathir di kerusi Perdana Menteri. Pihak yang tidak setuju dengan kemasukan ahli Umno ke dalam Bersatu itu bimbang kedudukan mereka tergugat. Sikap mereka itu lebih kepada menjaga kepentingan diri bukannya keutuhan PH itu sendiri.
Ketakutan dan kebimbangan itu hanya persepsi sahaja. Kenapa harus takut kepada persepsi yang kita sendiri merekayasakan. Kita buat hantu kemudian kita mempercayai dan kita lari daripadanya. Kalau pun ada rancangan itu, ia tidak mudah berlaku. Dr Mahathir tidak gampang untuk melanggari segala konsensus yang dibuat kerana PH itu dikuasai bersama bukan dimiliki Dr Mahathir atau Bersatu secara sendirian berhad.
Apakah kita juga tidak yakin kepada kesetiaan pihak lain kepada PH? Kalau itu berlaku bermakna penyakit tidak yakin itu bukan disebabkan orang lain tetapi diri kita sendiri. Selalunya orang tidak yakin kepada diri sendiri, mereka berpenyakit.
Dan satu hal yang perlu difahami kalau Bersatu menerima kemasukan wakil rakyat Umno mungkin tujuannya bukan sahaja untuk mengukuhkan parti itu tetapi juga membantu Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri membangunkan negara ini. Tidak boleh disangkal ada kalangan mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran. Mungkin mereka diperlukan untuk membantu Dr Mahathir membangunkan negara.
Kalau pun mereka diambil menjadi menteri misalnya, pengambilan itu tidak akan menjejaskan peluang parti komponen lain kerana sedar atau tidak PH telah membahagikan kuota masing-masing. Dalam hal ini tidak mudah kalau Dr Mahathir tiba-tiba mahu mengambil kuota parti lain untuk partinya. Jika itu beliau lakukan tentu beliau akan dicemuh dan dibantah. [wm.kl.8:26 am 26/12/12]
* Politik Salentia ialah politik lompat melompat. Salentia bahasa Latin mendhomankan kepada katak atau haiwan yang hidup di kawasan berpaya.
Antara pemimpin tertinggi Bersatu. |

No comments:
Post a Comment