CATATAN AKHIR DISEMBER
MUNGKIN keadaan negara kita lebih baik dan selamat berbanding daripada negara jiran, Indonesia dari segi ancaman bencana alam. Indonesia akan menangis setiap kali tiba Disember. Seolah-olah Disember menjadi bulan bersedih untuk negara itu.
Disember bulan penuh ujian dan cabaran buat negara berkapasiti 265 juta jiwa itu. Hampir setiap kali menjelang Disember akan berlakulah malapetaka besar di negeri itu. Contoh, berlaku tsunami di Aceh (2004) yang menelan ratusan ribu nyawa terjadi pada Disember. Dan terbaharu berlaku tsunami di Selat Sunda sesudah tsunami di Palu beberapa minggu lalu juga pada bulan Disember.
Apa yang silapnya ialah singa tua tidak memahami naluri singa muda dan masih menganggap dirinya masih kuat dan penuh berkuasa. Masih bersikap raja tidak mahu mendengar pandangan lain. Masih bersikap diktator. Anwar masih mengira taringnya masih tajam dan kukuh walhal ia sudah goyah. Ini kesilapan yang tidak harus berlaku.

Tsunami di Selat Sunda itu adalah petaka alam menutup Disember 2018?
Namun situasi itu tidak berlaku di negara kita. Biasanya Disember sebahagian rakyat kita di Pantai Timur berhadapan dengan banjir. Itulah bencana alam sering menimpa kita. Tetapi tahun ini nampaknya bah juga tidak begitu besar. Semacam phobia Disember untuk rakyat negara ini sudah tidak ada lagi?
Namun dari sisi politik, ia memberi satu mesej yang semacam kontradik pula. Mesej yang kita terima dari sisi politik cukup mencemas. Seolah-olah bencana dalam politik mengambil alih rutin banjir melanda di negara ini khasnya di Pantai Timur itu. Ini kerana sepanjang Disember ini ada alamat dunia politik kita bakal diancam badai besar. Dunia politik kita akan bergegar dan mengelombangkan kepiluan sekali lagi. Dismber semacam memulakan sesuatu mendukacitakan.

Petanda menggerumkan.
Ombak dan badai itu tidak nampak jelas namun ia sedang bergerak mara dan mara. Bahana sekarang ini persis api dalam sekam. Bagaikan gunung berapi yang sedang mengunyah haba untuk dimuntahkan. Bagi mereka yang arif dengan politik dan tahu membaca arah angin dan ribut politik sangat bimbang apa yang meletus kini. Petanda-petanda durjana politik Disember ini mengerumkan.
Apa yang sedang berlaku kini ialah kerana persengekataan -- perebutan kuasa dua insan politik; Anwar Ibrahim dengan Azmin Ali. Inilah dua watak menjadi wabak Disember untuk Malaysia. Kedua mereka itu sedang menyemarakkan larva amarah dalam diri masing-masing. Persengketaan mereka tidak dapat disembunyikan lagi. Satu keadaan yang sangat ironis.
Keadaan ini berlaku kerana keduanya tidak mahu mengalah. Masing-masing mendabik dada akulah yang kuat, akulah yang gagal, akulah yang berhak. Dalam masa sama cuba menafikan peranan dan sumbangan masing-masing selama ini. Pergaduhan kedua mereka ini bakal memberi ancaman besar. Ia umpama berbalah, gajah sama gajah menyebabkan haiwan lain akan terjempit dan mampus terpijak.
Jika diperhatikan dan dimakrifati semuanya bermula kerana sikap tamak dan nafsu besar dalam politik. Ternyata nafsu tidak dapat disekat dan gelombangnya akan menyusahkan sesiapa sahaja. Politik kita akan jadi porak peranda. Begitulah kalau nafsu dilayan ia akan menjahanamkan.
Apa yang sedang berlaku kini ialah kerana persengekataan -- perebutan kuasa dua insan politik; Anwar Ibrahim dengan Azmin Ali. Inilah dua watak menjadi wabak Disember untuk Malaysia. Kedua mereka itu sedang menyemarakkan larva amarah dalam diri masing-masing. Persengketaan mereka tidak dapat disembunyikan lagi. Satu keadaan yang sangat ironis.
Keadaan ini berlaku kerana keduanya tidak mahu mengalah. Masing-masing mendabik dada akulah yang kuat, akulah yang gagal, akulah yang berhak. Dalam masa sama cuba menafikan peranan dan sumbangan masing-masing selama ini. Pergaduhan kedua mereka ini bakal memberi ancaman besar. Ia umpama berbalah, gajah sama gajah menyebabkan haiwan lain akan terjempit dan mampus terpijak.
Hari ini mereka umpama dua ekor singa yang mendiami satu bukit yang sama. Keduanya bersinggahsana di atas bukit bernama Keadilan. Mereka saling merebut ruang dan membina sempadan. Azmin mulanya adalah anak singa dimanja dan diasuh oleh singa tua, Anwar. Dia membesar di bawah ketiak singa tua. Diasuh dan diajar segala kaedah kehidupan singa, memburu, memakan daging dan juga berpolitik. Sebagai singa muda, betapa Azmin menyayangi Anwar dan meletakkannya sebagai idolanya.
Masa dan perubahan turut merubah kondisi itu. Hari ini anak singa itu sudah besar. Apa yang diajar oleh singa tua nampaknya dipraktikkan untuk survivalnya. Azmin sedang menguji kekuatan dirinya sendiri. Segala kehendaknya harus dipenuhi sesuai dengan kehendak nafsu mudanya. Anwar tidak boleh marah kalau Azmin menggunakan pakai apa yang diajarnya.
Taring singa muda.
Taring singa muda.
Apa yang silapnya ialah singa tua tidak memahami naluri singa muda dan masih menganggap dirinya masih kuat dan penuh berkuasa. Masih bersikap raja tidak mahu mendengar pandangan lain. Masih bersikap diktator. Anwar masih mengira taringnya masih tajam dan kukuh walhal ia sudah goyah. Ini kesilapan yang tidak harus berlaku.
Sepatutnya bila berdepan dengan singa muda, Anwar harus lebih berhati-hati bijak dan perlu meningkatkan daya diplomasinya. Tahu menghitung kekuatan taring singa muda. Beliau tidak boleh bertindak seperti sebelum ini menganggap Azmin sebagai si bocahnya. Anwar harus menjadi pemimpin bukan kekal dengan status menjadi ketua, yang tahu mengarah. Pemimpin dan ketua dua perkara berbeza. Pemimpin mendamaikan, ketua hanya tahu mengarah.
Anwar sebagai singa tua yang pernah uzur, di penjara, terlupa akan suasana sekelilingnya serta evolusi yang berlaku. Penjara telah banyak menjadikan ia asing dengan suasana persekitaran baru. Dia lupa menghitung dan mengenali singa muda, Azmin yang ambisi. Semasa dia dipenjara Azmin telah banyak membuat perubahan termasuk menilai keupayaan dirinya sendiri dan mengolah perjalanannya yang relatif lebih panjang daripada perjalanan Anwar.

Kesenggangan tercipta oleh tempoh Anwar dipenjara itu memberi peluang Azmin membina kekuatannya.
Azmin membina rangkaiannya sendiri. Apabila dia telah membaca nasib malang Anwar itu menyebabkan dia perlu berfikir sendiri. Azmin membina rangkaiannya, memperkuatkan kedudukan dalam parti, dan juga menjalinkan hubungan dengan rakan luar. Ini termasuk dia diam-diam pergi berguru dengan sang singa puaka bernama Dr Mahathir Mohamad. Anwar lupa ini. Dan apa yang dilakukan Azmin itu tepat sebagai seorang ambisi dalam politik.
Justeru, apabila bebas beliau masih menganggap Azmin sang singa muda yang cetek ilmu dan kesetiaannya tidak pernah berkurang. Anggapan ini satu kesilapan. Silap baca inilah menyebabkan Anwar berhadapan dengan tentangan Azmin yang disusun secara atur senyap. Menjadikan harapkan pagar, pagar makan padi.
Dalam konteks ini Anwar harus bijaksana. Apabila Azmin menuntut sesuatu, sewajarnya Anwar tidak memandang enteng dan melayani dengan berhikmah. Beliau tidak lagi boleh menganggap Azmin selamanya anak kecil yang perlu berlindung di bawah ketiaknya. Dia tidak boleh terus mengherdik Azmin semacam 20 tahun lalu. Setelah Azmin mempunyai taring beliau perlu berhati-hati dan mengubah pendekatan.
Apabila masa sudah berubah, Anwar seharusnya juga merubah taktik dan strategi dalam berpolitik. Dia harus melakukan perubahan dan tidak mengekalkan taktik atau strategi lamanya yang sudah diarifi orang. Menguatkan nyawa politik dengan melaga-lagakan orang seharusnya tidak diamalkan lagi. Politik mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain tidak pantas lagi.
Azmin menyedari akan politik Anwar ini, yang hidup dengan mengambil kesempatan atas pergaduhan orang lain. Sebagai orang berada lama dengannya tentu Azmin arif mengenai cara Anwar berpolitik. Perkara inilah yang dilupai Anwar. Politik yang menjadi budaya Anwar ini sudah tidak relevan lagi bagi orang sedewasa Azmin.
Justeru apabila Anwar cuba menjinakkan Rafizi Ramli sebagai anak singa baru, beliau dapat mengesani apa yang sedang dilakukan oleh Anwar. Langkah Anwar itu boleh menyusah dan meletakkan dia di kaedaan terjempit. Jadi betul bagi Azmin mengambil sikap seperti diambil kini, menghalang Rafizi.
Pertelingahkan Anwar - Azmin ini semuanya bermula semasa perebutan jawatan dalam pemilihan PKR lalu. Awal-awal lagi saya sudah membaca perlawanan, khususnya cabaran Rafzi untuk jawatan Timbalan Presiden akan mendatangkan masalah kepada Anwar. Baik Rafizi menang atau Azmin kalah kedua keadaan itu tidak membawa kebaikan kepada Anwar. Sebab itu saya mengambil inisiatif agar Anwar mencari jalan untuk mengelakkan berlaku perlawanan.
Mulanya ada ura-ura Azmin akan menentang Anwar untuk jawatan presiden yang ditinggalkan oleh Wan Azizah Wan Ismail. Kerana itu saya memberanikan diri menasihat Azmin agar tidak melakukannya. Saya melihat kepada bahana yang bakal diterima PH dan PKR. Dalam satu majlis kenduri, saya pegang tangan Azmin dan memberi nasihat dan merayu agar tidak menentang Anwar.
Apabila Azmin tidak menerus hajatnya (mungkin sebagai ugutan), saya memberi pandangan meminta Anwar menghentikan cara Rafizi dan genag mengaturkan perlawanan dengan Azmin. Saya melihat cara Rafizi menyusun pasukan sangat bahaya sekali. Majlis pengumman calon yang diadakan di sebuah hotel di Jalan Ampang memberi gambaran seolah-olah Rafizi mahu menubuhkan parti baru.
Malangnya Anwar tidak mempedulikan saranan itu sebaliknya berhelah kononnya, apa yang dilakukan Rafizi itu adalah kehendak demokrasi dan Keadilan menyuburkan demokrasi. Dan para juak yang menyokong usaha Rafizi itu ramai-ramai memberi jaminan pertandingan tidak membawa apa-apa perpecahan kerana ia adalah pertandingan persaudaraan.
Bayangkan sekiranya tidak berlaku perlawanan khasnya untuk jawatan Timbalan Presiden. Paling lunak dan baik lagi kalau Rafizi mengekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden. Tentu dia akan mendapat undi tertinggi dan berburuk sangka di antara beliau dengan Azmin tidak akan berlaku. Paling mustahak Keadilan dalam keadaan aman dan stabil.
Tetapi apa yang dikehendaki itu tidak menjadi kenyataan. Anwar ada alasan juga kenapa dia merestui Rafizi. Menyedihkan lagi dalam masa sama menuduh Azmin sebagai "barua" Dr Mahathir, seperti mana ditular rakaman suara bermirip Anwar? Inilah kesilapan Anwar, gagal menyelami api-api hasutan yang dihala kepadanya. Tentu ada yang menghasut Anwar agar tidak mempercayai kepada Azmin kerana motif tertentu?
Kegagalan Anwar mengenali kawan dan penasihat yang ikhlas ini memberi kesan buruk kepadanya dan juga Keadilan hari ini. Sepatutnya Anwar sedar peranan orang yang menjadikan Rafizi lembu jaguh untuk berlawan sesama sendiri dengan Azmin, adalah para oportunis yang menanti habuan dari perlawanan itu. Mereka sama jenis dengan kaki judi yang bertaruh atas perlawanaan Azmin - Rafizi mengharapkan keuntungan haram. Dalam hal ini Anwar gagal menjadi seorang ketua yang adil dan tidak memihak.
Pergolakan dalam Keadilan kini, Anwar masih ada peluang untuk menenangkan keadaan sekiranya beliau menurut kehendak Azmin walaupun kehendak Azmin itu bukan sesuatu yang wajar. Antara tuntutan Azmin ialah menilai balik penstrukturan parti. Namun untuk menenangkan keadaan beliau perlu berbuat begitu demi meredakan keadaan, Anwar harus sedikit mengalah.
Memenuhi pelantikan dengan orangnya, (Azmin) bukan isu besar. Isu besar dan sesuatu yang Azmin tidak boleh terima ialah apabila mengekalkan Saifuddin Nasution Ismail sebagai Setiausaha Agung. Sebab dalam makrifat Azmin, Saifuddin dianggap menjadi enjin menggerakkan perbalahan dalam Keadilan. Saifuddin dituduh memainkan peranan dan mempengaruhi presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail (ketika itu) membenarkan bekas-bekas ahli Umno bertanding merebut ketua cabang dalam pemilihan lalu. Apa yang menjadikan Azmin marah kebetulan pula orang-orang itu mengalahkan orangnya.
Sehingga artikel ini ditulis, keadaan dalam Keadilan khasnya pergeseran antara Anwar dengan Azmin sudah semakin parah. Cerita-cerita dan spekulasi liar pula makin bertambah-tambah. Terbaharu diberi persepsi tidak baik terhadap sekeping gambar Azmin bersama Hishamuddin Hussein yang sedang bercuti-cutian di Maghribi. Itu semua menjadi ramuan atau cuka yang memedihkan luka dalam Keadilan. Mungkin apa yang berlaku tidak seperti mana hakikinya, tetapi ia perlu dielakkan kerana politik itu adalah persepsi.
Apakah Anwar akan menarik balik pelantikan ekskutif parti yang tidak disetujui Amzin itu? Tidak. Dia perlu konsisten dan mengekalkan pilihan. Azmin pula jangan terlalu menuntut dan hak atau kuasa prerogatif presiden perlu dihormati. Keduanya perlu ada saling percaya mempercayai.
Penawar untuk meredakan kemelut yang menimpa Keadilan kini khasnya perselehengan antara Anwar dan Azmin hanya ada kepada mereka berdua sahaja. Orang luar tidak dapat berbuat apa-apa, bahkan apa juga penawar diberi akan dianggap sebagai racun juga.
Dalam pada itu saya ingin mengulangi sekali lagi analogi yang pernah saya buat berkaitan Azmin dengan Anwar ini. Mereka berdua tidak ubah seperti (Hassan) P Ramlee dan anaknya dalam filem "Anakku Sazali".
Azmin kini selain menjadi singa muda yang sedang memenuhi kudrat, beliau juga sudah jadi Sazali yang mempunyai wang dan kekuasaan. Anwar sang ayah Sazali tidak boleh berbuat sesuatu lagi melainkan pasrah dan menunggu saat Azmin tercedera dan kembali mencari perlindungan seperti Sazali apabila diburu polis.
Ketika itu nanti, apa yang Anwar boleh lakukan menelefon polis datang menangkap Azmin seperti dilakukan Hassan terhadap Sazali.
Ironis dari kasih sayang seorang ayah itu dibalas anak dengan kesedihan si ayah. Dan si ayah tidak pernah membuang kasih sayangnya kepada si anak walaupun apa dilakukan si anak. Namun demi kebaikan si anak juga, si ayah terpaksa mengambil tindakan agak kejam, (menelefon polis untuk menangkap anaknya). Tindakan itu bukan kejam melainkan untuk memastikan anaknya kembali baik. Apakah Anwar ada kekuatan seperti Hassan itu? [wm.kl.11:00 am 31/12/18]
No comments:
Post a Comment