SELEPAS SUBUH
PEMANSUHAN pewartaan Pulau Kukup yang terletak di Pontian sebagai Taman Negara untuk digazetkan sebagai Tanah Kesultanan oleh kerajaan Johor pimpinan Pakatan Harapan (PH) telah memberi tekanan dan sekaligus mencabar wibawa Osman Sapian (foto) sebagai Menteri Besar Johor.
Tindakan itu dilihat Osman sebagai seorang MB tidak dapat mempertahankan pulau itu sebagai warisan negara untuk kepentingan umum dan terpelihara apabila ia terlepas kepada pihak Istana Johor. Osman juga sebagai MB gagal mempertahankan hak awam tetapi lebih rela memuaskan hati pihak lain.
Keputusan memansuhkan pewartaan pulau Kukup sebagai Taman Negara dibuat dalam mesyuarat Exco 24 September lalu kemudian dikeluarkan pemakluman pada 25 Oktober. Difahamkan keputusan itu dibuat secara senyap.
Pulau Kukup seluas kira-kira setengah ekar itu sebagai kawasan hutan bakau yang indah diwartakan sebagai Taman Negara sejak tahun 1997.
Pemansuhan pewartaan pulau itu sebagai Taman Negara dan kini menjadi milik Istana mendapat perhatian serius daripada wartawan negara A Kadir Jasin yang merupakan pemimpin tertinggi Bersatu. Pemansuhan itu bagi Kadir sesuatu yang mengecewa dan menimbulkan kemarahannya bukan kerana ia diberikan kepada Sultan Johor tetapi cara proses itu dilakukan MB semacam tidak telus.
Seperti mana tulis beliau dalam blognya, Kadir mahu MB Johor itu melepas jawatan sekiranya gagal memberi penjelasan berhubung persoalan yang ditimbulnya sebelum ini berhubung pulau berkenaan.
Kadir telah cuba mendapat penjelasan Osman sebelum secara baik. Menurutnya MB Johor itu apabila ditanya mengenai status pulau itu mengaku tidak mengetahuinya, dan cuba mengelak mengatakan kedudukan pulau itu dibawa kerajaan BN dahulu. Jawaban itu menyebabkan Kadir menghujah, macam mana Osman tidak mengetahui sedang beliau berada sama dalam kerajaan BN.
Helah Osman itu meragui Kadir kerana dari tahun 1999 hingga 2013 Osman berada dalam kerajaan BN dan baharu meninggalkan kerajaan itu 9 Mei 2018 apabila bertanding atas tikit PH. Jawaban dan sikap Osman itulah menimbulkan kemarahan Kadir sehinggakan memaksa Osman berundur.
Sebagai seorang pemimpin dan MB daripada kerajaan PH yang mahu dilihat berbeza dengan kerajaan UBN sebelum ini sikap dan cara Osman itu bukan sahaja mengecewakan rakan separtinya tetapi orang ramai seluruhnya.
Bayangkan dimana hendak diletakkan maruah sebagai seorang pemimpin (MB) PH kalau bersikap lepas tangan dan tidak berterus terang seperti Osman itu.
Memang wajar gesaan Kadir itu, seorang yang tidak bercakap benar dan mempunyai tanggungjawab mempertahankan hak awam perlu melepas jawatan. [wm.kl.6:07 07/12/18]

No comments:
Post a Comment