Zainal Kling |
MENURUT pihak yang menganjurkan kongres Maruah Melayu yang akan diadakan 6 Oktober depan ia diadakan bukan bermotif politik dan juga tidak memperalatkan universiti. Comel kalau begitu. Tampak seperti ia untuk mencari resolusi bagaimana untuk menyelamatkan air muka Melayu daripada diinjak.
Presiden Pam Abdul Hadi Awang dilaporkan akan hadir pada kongres berkenaan. Jawaban dan kesudian Hadi itu seperti mana diumumkan Setiausaha Agung Pam, Takiyuddin Hassan menunjukkan beliau juga dijemput untuk hadir kongres berkenaan bersama Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir awal-awal lagi menyatakan beliau akan hadir dan menyampaikan ucaptama pada kongres tersebut yang akan diadakan di stadium Bukit Melawati, Shah Alam. Para siber trooper dan pemimpin kecil Bersatu juga menyeru agar ahli dan penyokongnya hadir beramai-ramai.
Kesudian Hadi hadir menjelaskan kongres itu seperti terbuka untuk Melayu. Apa yang hendak diketahui di sini, apakah parti-parti lain dalam PH selain Bersatu, penganjur juga turut menjemput Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Negara dan Umno sama?
Kalau mengikut adat dan kongres itu ikhlas demi Melayu semestinya PKR dan Amanah serta Umno kena diundang sama sebab parti-parti itu juga mewakili orang Melayu, terutamanya Umno? Apakah dalam mata pihak penganjur Melayu dalam parti-parti itu tidak setulen Melayu dalam Bersatu dan Pam?
Apabila pemimpin Umno mempertikai dan menuduh kongres itu memperalatkan universiti, kerana ia membabitkan empat IPTA, (Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaya (UM), serta Persatuan Peguam Muslim, semacam Umno dikeculaikan daripada kongres berkenaan. Maksudnya Umno tidak diundang.
Maksud untuk membela maruah Melayu melalui kongres itu tidak akan tercapai kalau penganjur mengecualikan parti-parti disebutkan tadi. Sebaliknya kalau penganjur turut sama menjemput parti-parti itu, maka ketua-ketua parti atau presidennya hendaklah hadir sama.
Anwar Ibrahim perlu hadir sebab beliau presiden PKR, Mohamad Sabu perlu hadir sebab dia presiden Amanah begitu juga Zahid Hamidi kena hadir sebab dia presiden Umno. Rasanya orang Melayu akan bangga dan bertepuk kuat kalau di podium kongres itu semua pemimpin parti Melayu duduk bersama.
Sebaliknya sekiranya kongres itu hanya menjemput Bersatu dan Pam sahaja, maka jelas kongres yang diadakan itu ada udang disebalik batu ada motifnya busuk lebih busuk daripada tahi berak cerah.
Diharap Ketua Sekretariat Zainal Kling beri penjelasan atas kemusykilan ini dan beliau tidak perlu cuba melindungi bangkai di sebalik nyiur, kalau hendak berpolitik singsinglah lengan baju dan angkatlah kaki seluar biar jelas. Trims. [wm.kl. 9:41 pm 01/10/19]
No comments:
Post a Comment