SELINGAN
Hayati semula sajak Mahathir ini.
TAHUN 2001 Mahathir telah menukil sebuah
sajak berjudul “Melayu Mudah Lupa.” Mesej dibawa dalam sajak itu adalah untuk
memberi kesedaran kepada orang Melayu agar tidak mudah lupa sesuatu yang
pernah dialami bangsa itu, untuk tidak mengulangi penderitaan dan kesengsaraan sebelum ini.
Peringatan itu juga untuk memotivasikan bangsa Melayu terus
bangkit berjuang.
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...
Seronok dengar bagaimana Mahathir merepek
dan mencaci bangsanya sendiri? (Betulkah dia Melayu?). Dia memberi ingatan untuk kebaikan. Tetapi setelah 19
tahun kemudian apa dikatakan Mahathir itu tidak relevan lagi.
Yang mudah lupa bukan bangsa Melayu, bukan bangsa Cina, bukan bangsa India, tetapi dirinya sendiri. Bangsa Melayu masih ingat segala apa yang berlaku, termasuk kebejatan yang pernah beliau lakukan sejak 20 tahun lalu, bagaimana dia mengirimkan Anwar ke penjara dan kini menyiapkan penjara untuk Najib Razak pula.
Yang mudah lupa bukan bangsa Melayu, bukan bangsa Cina, bukan bangsa India, tetapi dirinya sendiri. Bangsa Melayu masih ingat segala apa yang berlaku, termasuk kebejatan yang pernah beliau lakukan sejak 20 tahun lalu, bagaimana dia mengirimkan Anwar ke penjara dan kini menyiapkan penjara untuk Najib Razak pula.
Beliau seronok memberi peringatan,
menjadi guru, dan mengata Melayu yang suka bergaduh yang kemudian boleh
memencilkan bangsa itu. Yang suka sengketa menyebabkan Melayu jadi haprak.
Nah,
hari ini siapa yang mengamalkan amalan penjajah, pecah dan perintah. Siapa yang
mencaing-caingkan bangsa Melayu, siapa yang tamak haloba dan gilakan kuasa, bukankah
beliau yang masih enggan mahu jadi perdana menteri walaupun didesak berundur?
Pergolakan dan krisis politik hari ini
angkara siapa. Apakah bangsa Melayu? Tidak, ia adalah berpunca dari anda yang
menulis sajak itu yang mengingatkan bangsa Melayu agar tidak bersengketa, agar
tidak menjadi hina dina semula sebaliknya anda yang memporak perandakan.
Perpecahan dan pergolakan hari ini akan
meletakkan Melayu haprak dan hina di bumi sendiri. Perpecahan hari ini
menambahkan dukalara bangsa Melayu yang gagal disatukan anda selama ini.
Apa yang anda ingatkan kepada bangsa
Melayu itu kini telah menimpa diri anda. Anda telah meludah ke langit dan
tertimpa hidung tinggi anda sendiri. Saya musykil apakah yang mudah lupa yang
anda maksud itu bangsa Melayu atau anda yang ada darah Mendalir dan Kitol yang
lupa.
Bagi saya yang jelas anda semakin nyanyuk dan mamai. [wm.kl. 11:09 am 28/02/2020]
No comments:
Post a Comment