ULASAN PETANG
Muhyiddin Yassin bakal PM? |
Sebaliknya keputusan yang diambil itu membuka senario baru yang sangat menarik dan mendebarkan. Yang jelasnya keputusan dibuat pihak Istana itu belum menyelesaikan tetapi mungkin ada ending berbeza.
Menurut kenyataan pihak Istana, Yang diPertuan Agong tidak dapat memilih calon PM kerana tidak ada mana-mana ahli parlimen yang mencapai angka dikehendaki, 112. Justeru Agong bersetuju untuk menangguhkan dan satu kaedah lain dibuat untuk menyelesaikannya.
Keputusan yang diumum menerusi kenyataan oleh Dato' Pengelola Istana, Agong akan memanggil ketua-ketua blok parti untuk membuat pencalonan perdana menteri. Dari situ nanti, baginda akan membuat pemilihan berdasarkan jumlah sokongan. Atau pun mungkin baginda ada formula tertentu.
Dengan adanya kaedah baru itu, bermakna cadangan BN dan Pas yang mahu dewan dibubarkan sudah tidak berbangkit lagi. Tertolak.
Keputusan dibuat Istana Negara itu, kini membuka dimensi baharu dalam mencari perdana menteri untuk mengganti Perdana Menteri interim. Kita tidak hendak menuduh ada persepakatan Istana dengan mana-mana pihak, tetapi kalau ditengok rentetannya ia menunjukkan perkara itu. Kenyataan beramaran Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador di laman Istana tadi juga sudah boleh ditafsirkan hujung jatuhnya.
Memang Yang diPertuan Agong dalam membuat keputusan untuk tidak mengangkat mana-mana ahli parlimen untuk jadi PM hari ini munasabah kerana berpegang kepada kehendak perlembagaan. Bagaimanapun baginda boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengangkat perdana menteri yang dibentuk dengan kerajaan minoriti, sekiranya ia perlu dan sesuai.
Biarlah, kita jangan persoalkan apa yang diputus dan diambil oleh Istana itu, sebab itu adalah hak mutlak Istana mengikut perlembagaan dan kita perlu menerimanya dengan beranggapan yang bijaksana. Kita hanya boleh persoalkan dari sudut-sudut lain, dimana masih ada ruang kalau Agong mahu menuntaskan isu itu hari ini dan tidak memperpanjangkannya kepada kaedah baru bagi memendekkan kemelut dan pergolakan yang ada kini.
Jadi dengan keadaan yang ada kini, calon perdana menteri sudah terbuka. Kalau sebelum ini segala langkah diaturkan Mahathir ia telah memerangkap dirinya, yang berakhir beliau tewas. Kini kerusi PM terbuka luas. Inilah yang hendak sama-sama kita suluh.
Bagi saya apa yang berlaku hari ini bukan kebetulan tetapi satu smart strategi.
Sebaik atau serentak dengan keluarnya kenyataan daripada Istana Negara yang memaklumkan bahawa pemilihan perdana menteri digantungkan, keluar kenyataan daripada pihak Muafakat Nasional yang terdiri daripada BN - Pas. Kenyataan itu menjelaskan bahawa mereka mencalonkan Muhyiddin Yassin (Udin anak Yassin) sebagai perdana menteri.
Kenyataan dikeluarkan Umno dan Pas menyokong Udin anak Yassin. |
Kenyataan itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno Annuar Musa bersama Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan. Kenyataan dan persetujuan bersama itu ia memelikkan sedikit kerana sebelum ini, atau 48 jam lalu Annuar telah menafikan yang Umno telah mencalon Muhyiddin sebagai perdana menteri, sebaliknya Umno dan Pas berkeras mahukan parlimen dibubarkan.
Tetapi hari ini ia berubah ini bermakna ada pelan baharu disusun aturkan dan sekaligus ia merubah senario hampir 360 darjah.
Persepakatan ini jelas, apabila di sebelah pagi Bersatu telah mengadakan mesyuarat dengan memanggil semua ahli parlimennya. Ikut sama dalam mesyuarat itu kumpulan serpihan PKR. Apa yang berlaku di Yayasan al Bukhari itu, akhirnya terjawab apabila 11 ahli parlimen PKR yang belut itu diisytiharkan menyertai Bersatu.
Pakatan dan strategi Bersatu, kumpulan serpihan PKR bersama Umno sudah menghidunya malam tadi. Pagi tadi saya sudah membayangkan apa yang akan berlaku ini dalam status saya di Facebook. Saya turukan semula status itu di sini.
Status saya dalam FB menghidu apa yang mungkin berlaku. |
Setelah gagal untuk mendapat angka bagi membolehkan dia dilantik semula jadi perdana menteri, Mahathir ubah pelan dan buat strategi baru. Dia telah mengarahkan supaya PPBM bersatu dengan Umno, Pas, Warisan dan GPS serta kumpulan serpihan daripada PKR.
Dengan penggabungan itu, angka yang dikehendaki melebihi daripada cukup untuk dia dilantik menjadi perdana menteri.
Walaupun sebelum ini dia menegaskan tidak akan menerima Umno secara en bloc, tetapi kerana sudah tidak ada cara lain, sudah terdesak beliau terpaksa juga melakukannya, menelan ludahnya sendiri. Manusia macam anjing yang tersempit akan melakukan apa sahaja.
Hari ini Mahathir akan berjumpa dengan semua ahli parlimen PPBM. Malam tadi Umno mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian dipercayai untuk mendapat maklumat langkah Umno bersama Mahathir. Pas tidak perlu kerana mereka bagaikan unta di padang pasir cukup tarik seekor yang lain berdelai (berjujut) menurutinya.
Dengan penggabungan itu Mahathir berharap parlimen akan memutuskan siapa (kumpulan) mana yang layak jadi PM, sebab itu dia sanggup mendahului Yang diPertuan Agong membuat kenyataan memberitahu parlimen akan bersidang 2 Mac.
Soalnya sekarang sejauh mana parlimen mempunyai hak menentukan siapa perdana menteri, dimana hal seperti ini belum pernah berlaku. Menjadi kebiasaan selepas pilihan raya, parti yang mendapat undi terbanyak akan dipanggil oleh Agong untuk mendapat surat tauliah pelantikan sebagai perdana menteri.
Dalam amalan biasa, yang boleh menggugurkan perdana menteri hanya parlimen, dan penentuan akhirnya oleh Agong selepas perdana menteri itu tidak mendapat kepercayaan parlimen. Itu praktiknya.
Apakah krisis perlembagaan akan berlaku sekali lagi?
Sekiranya sidang Majlis Raja-Raja yang akan berlangsung pagi ini tidak dapat membuat keputusan mereka secara kolektif berhubung dengan hasil temuduga dilakukan oleh Yang diPertuan Agong itu, saya percaya hal itu akan dibawa ke parlimen juga seperti mana dikehendaki oleh perdana menteri interim itu.
Dan jika ia dibawa ke parlimen, harapan orang ramai untuk melihat Anwar untuk jadi PM akan tinggal kenang-kenangan sahaja. Satu lagi sejarah buruk akan tertulis di kanvas negara.Trims.
Itu yang saya post pagi tadi apa yang kemungkinan berlaku. Ternyata apa dibayangkan iu benar, cuma pelannya bertukar sedikit. Yang dicalonkan sebagai PM bukan Mahathir tetapi Udin anak Yassin (Muhyiddin Yassin).
Kenapa Bersatu mencalonkan Muhyiddin, tidak Mahathir, kerana mengikut kata Mahathir sebab Muhyiddin dilihat sedikit santai dapat menerima Umno, sedang beliau tidak boleh menerima Umno secara en bloc. Beliau hanya mahu menerima pemimpin tertentu Umno saja bukan semua yang "berporah" dengan najis. Itulah konflik beliau dengan Bersatu menyebabkan dia meletakkan jawatan Pengerusi Bersatu.
Bagaimanapun setelah termeterai muafakat ini, hari ini Mahathir mengumumkan pula dia menerima balik jawatan itu dan kekal dalam Bersatu.
Perkembangan dan pergerakan kemelut dan krisis yang berlaku kini makin menarik dan dramatik. Tampaknya ia kembali kepada pelan asal seperti mana dirancang untuk merampas kuasa dan membentuk kerajaan dari pintu belakang. Desas desus rancangan sudah lama kedengaran tetapi gagal dibendung oleh PH.
Rancangan ini sudah hampir berjaya sebenarnya dan kerajaan pintu belakang sudah dibentuk pada 24 Februari lepas. Himpunan dan pertemuan kumpulan perampas ini di hotel Sheraton Petaling Jaya pada tarikh itu untuk mengumumkan pembentukan kerajaan baru. Bagaimana pun tergendala apabila Dr Mahathir tidak bersetuju dengan formula menerima kemasukan Umno secara en bloc menyebabkan ia gagal. Kegagalan itu juga katanya disebabkan berlaku miss komunikasi menyebabkan angka yang dimiliki tidak disahkan dan timbul kekeliruan.
Kini kumpulan itu bersatu kembali dan membuat perancangan semula. Pertemuan ketua-ketua bahagian Umno malam tadi, pertemuan ahli parlimen Bersatu bersama serpihan PKR dan juga kehadiran pengerusi Warisan Sabah, menemuikan formula baru buat mereka bagi meneruskan agenda tergendala itu. Perubahan besar dalam formula terbaru ialah perdana menteri Udin anak Yassin bukan lagi Mahathir.
Dengan kembali semula para perampas ini ia menjadikan keadaan runcing semula. Kumpulan itu mendakwa mereka mempunyai angka mencukupi untuk mengemukakan calon mereka. Jumlah angka yang dimiliki itu adalah yang diwar-warkan sebelum ini.
Umno (38), Bersatu (36), Pas (18), GPS (19), Warisan (9), MCA (2), MIC (1), Bebas (3), UPKO (1), PBS (1), STAR (1), PBRS (1), yang semuanya berjumlah 130.
Apabila diadukan jumlah ini dengan angka dimiliki PH (92), ia memberi kelebihan kepada golongan perampas ini. Dengan jumlah 130 kerusi golongan itu mempunyai kerusi lebih daripada mencukupi. Dan penangguhan untuk Agong menentukan perdana menteri dengan mengemukakan formula kedua itu dilihat berpihak kepada mereka.
Perlu disebut sedikit mengenai angka ini (130) ia sudah menjadi masalah sebelum ini dimana angka ini tidak dapat disahkan walaupun dari segi zahirnya begitu. Sebab tidak semua ahli parlimen yang berada dalam kelompok itu mempunyai satu pilihan.
Seperti yang saya sebut diawal tadi, apakah harapan kini kembalinya kepada para perampas kerana ia ada syufaat? Saya tidak mahu mengulas dan memberi tafsiran, tetapi dari gambaran dan senario ini semua sudah dapat mengagak. Bagi pembaca dan penalaah politik yang tinggi, dapat membaca erti desiran angin dan makna hembusan bayu.
Kesimpulan harapan PH untuk mengekalkan kerajaannya, setelah ia dikhianati oleh rakan-rakannya sendiri Bersatu dan 11 orang serpihan daripada PKR pimpinan Azmin Ali agak sukar dan berbalam-balam kini. [wm.kl.7:02 pm 28/08/2020].
No comments:
Post a Comment