Anwar: Dicemburi dan dikhianati. |
Tanpa disebut satu persatu nama-nama mereka atau golongan itu, umum sudah tahu dengan melihat sikap dan kenyataan-kenyataan mereka yang sering merendah-rendah, menyindir dan membenci Anwar.
Bukan itu sahaja, menggerakkan usaha bagi memastikan Anwar tidak jadi perdana menteri. Mereka gigih merekayasa isu dan kejadian bagi tujuan itu tanpa mengira halal dan haram lagi. Mereka juga sanggup menafikan hak dan realiti.
Semua mereka ambil kesempatan untuk memburukkan Anwar demi mencapai niat busuk mereka. Ini termasuk mempengaruhi dan memperalatkan rakan-rakan atau kawan Anwar sendiri. Mereka sanggup mengupah dan menguap mereka dengan kebendaan, wang dan pangkat asalkan tegal burukkan Anwar.

Dengan cara ini mereka mengira apabila ada beberapa rakan-rakan Anwar melemparkan najis kepada Anwar yang lain akan terikut. Anehnya, rakan yang pernah terperangkap dalam jerat jijik itu ada yang berpatah balik kepada Anwar setelah menyedari mereka dipukau selama ini.
Begitulah saking jahatnya golongan ini.
Mereka ini memburuk-burukkan Anwar dengan mencipta dan menjual pelbagai cerita negatif, daripada soal (ability) tidak mampu jadi perdana, isu moral dan paling teruk membuat konspirasi dengan merekayasakan tuduhan dan fitnah jenayah kepadanya sehingga meringkuk dalam penjara.
Sekurang-kurang ada tiga tuduhan (isu) yang sering didendangkan atau dilabelkan terhadap Anwar. Beliau dilabel dan didagangkan kononnya tidak berkemampuan menjadi perdana menteri kerana ketidakupayaan mengurus ekonomi. Dituduh sebagai berfahaman liberalisme dan dibina neratif dan persepsi kononnya kalau Anwar jadi perdana menteri, negara atau kuasa asing akan menguasai negara ini dan Islam akan tercalar.
Semua tuduhan dan label itu tidak ada asas sama sekali dan sangat dangkal. Semuanya bersifat tuduhan dan prejudis semata-mata tanpa dibuktikan. Misalnya menuduh beliau sebagai liberalisme, hanya berpegang kepada persepsi yang sengaja diolah demikian rupa berpandukan kepada hubungan baik Anwar dengan rakan-rakan di luar negara sejak zaman beliau mahasiswa, belia dan politik. Hubungan antarabangsa dan sifat diplomatiknya yang tinggi yang dikagumi itu dicurigai dan dijadikan isu.
Walhal dari segi praktisnya tidak membuktikan itu. Apakah penerimaan Anwar kepada semua masyarakat berbilang kaum, yang ada di negara ini sebagai liberal? Bukankah apa yang dibuat itu sejajar dengan tuntutan al-Quran menyarankan berbaik-baik dengan semua manusia seperti mana disebut dalam surah al Hujurat :13? Apakah berbaik dan menerima semua orang itu sebagai salah dan bertentangan dengan Islam?
Begitu juga tuduhan kononnya kalau beliau jadi perdana menteri negara ini akan dikuasai oleh orang asing, atau pun orang bukan Melayu akan menguasainya, tegasnya DAP. Ini juga tuduhan tidak berasas, busuk dan bersifat khayalan. Manakala mereka yang menerima tuduhan ini adalah yang buta dan jahil Perlembagaan dan tidak tahu sejauh mana kuasa seorang perdana menteri.
Perlembagaan Negara tidak memberi kuasa besar kepada perdana menteri seluas kuasa seorang diktator. Kuasa perdana menteri itu masih dikawal oleh Perlembagaan, parlimen dan juga institusi raja-raja. Beliau juga dikawal oleh parti diwakilinya.
Begitu juga mereka lupa dengan tugas dan tanggungjawab sembilan Raja-Raja Melayu yang mempunyai kuasa mutlak ke atas negara ini dan tidak dapat dirungkai dengan mudah oleh sesiapa pun? Lantaran itu mana mungkin dengan mudah negara ini akan dikuasai kuasa asing seperti yang didagangkan itu, kerana seseorang perdana menteri itu tertambat dengan rantai perlembagaan.
Demikian juga isu liberalimse yang dicampak kepada Anwar. Sejauh mana liberalisme itu telah melanggar pegangan nasionalisme dan merosakkan akidah Islamisasi, tidak disertakan dengan bukti kukuh melainkan suatu tuduhan liar. Pemikiran dan cara Anwar berpolitik jauh lebih baik apa yang berlaku dalam parti bernuansa agama sendiri. Anwar sepanjang hayatnya tidak pernah mempertikaikan akidah mana-mana golongan atau kelompok.
Kebimbangan dan tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar dibuat seperti menduga sesuatu dalam laut samudera. Ia bukan sesuatu yang rasional melainkan berniat jahat dan prejudis. Perbuatan ini tidak lebih daripada mengkhianti Anwar dari aspek agama dan hak asasi. Bukan sahaja dengan cara politik, tetapi agama juga digunakan untuk menafikan Anwar.
Golongan yang membenci Anwar ini bukan mewakili rakyat banyak. Mereka adalah golongan terpencil serta individu desperado tertentu yang ada masalah peribadi sepihak dengan Anwar. Yang dengki, dendam dan merasakan kalau Anwar jadi perdana menteri mereka tidak dapat perolehi apa yang mereka idam-idamkan. Mereka merasakan mereka akan dihukum kerana dibayangi perbuatan-perbuatan jahat mereka selama ini. Itu realitinya.
Penolakan golongan ini bersifat peribadi. Orang ini akan dicatat dalam kitab sejarah negara dan akan dibaca generasi mendatang sebagai orang yang mengkhianati ke atas seorang Putera Negara bernama Anwar Ibrahim, seandainya ia berakhir dengan Anwar ternafi untuk menduduki jawatan itu selama-lamanya.[wm.kl. 10:05 am 12/08/2021].

No comments:
Post a Comment