RENCANA
PEPATAH ada mengatakan rosak bawang kerana jambaknya. Ertinya diri seseorang itu menjadi rosak kerana kelakuannya sendiri. Iya, apa yang berlaku ke atas diri kita, kitalah menjadi penyebabnya. Walaupun alam sekeliling boleh mempengaruhi kita, tetapi pokok pangkal dari dalam diri kitalah lebih mempengaruhi sama ada mengukuh prinsip atau merosaknya.
Demikian dengan Mahathir bin Mohamad. Kehebatannya dalam membangun Malaysia dalam proses mengisi kemerdekaan sejak beliau menjadi PM selama 22 tahun lampau tidak boleh dinafikan. Ia sudah menjadi rekod.
Malaysia berbangga mempunyai seorang perdana menteri sepertinya. Beliau dikenali dan dikagumi bukan sahaja dari Perlis sampai ke Sabah, tetapi dari seantero dunia.
Bagaimanapun reputasi baik itu kemudian rosak juga disebabkan kelakuan dan sikap dirinya. Berlaku anti klimeks ke atasnya. Kerana lupa diri dan merasakan dialah yang besar, yang berkuasa, yang pandai, manakala orang lain harus berada di bawahnya.
Ia tidak mengherankan kerana Allah sudah menyatakan dengan jelas perkara ini:
"Dan apa juga yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (bala), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu." Ash-Ashura 30.
Allah juga menunjukkan apa yang berlaku dan dilakukan oleh Firaun, Haman, Qorun dan lain-lain hambanya yang angkuh mereka akhirnya rosak binasa kerana perbuatan diri mereka sendiri.
Demikian halnya dengan Mahathir Mohamad yang kini berada di ambang kejatuhan, disebabkan kerosakan yang beliau cipta sendiri. Beliau telah salah dan langgar rukun-rukun hidup dan dirinya sendiri.
Di sini saya menyenaraikan beberapa tingkah laku dan juga perbuatan Mahathir yang merosakkan dirinya sendiri dalam konteks apa yang sedang berlaku kini - pergolakan dan krisis. Kesilapan-kesilapan ini menyebabkan timbulnya situasi sekarang ini huruhara ke atas negara gara-garanya.
Umum tahu beliau dibenci dan digelar sebagai Mahafiraun. Gelaran itu bukan penghinaan kepadanya tetapi sebagai menggambarkan sifat dirinya yang dibuatnya sendiri. Ekoran kekejamannya kepada Anwar Ibrahim tahun 1998 kerana diburu bayang sendiri. Beliau takut dengan pengaruh dan potensi yang ada kepada Anwar. Secara peribadi saya bangkit membela Anwar pun apabila melihat keterlanjuran dan kemelampauan sikap dan perbuatannya terhadap Anwar.
Kesalahan dan kesilapan Mahathir selepas beliau diberi pengampunan oleh rakyat - gerakan Reformasi hatta Anwar sendiri. Anwar dan keluarga sudah pula lupa dan memaafinya. Tetapi Mahathir tidak pernah menadah tangan bersyukur dan terus rakus dengan dirinya sendiri. Jauh sekali ada niat untuk membalas budi dan jasa Anwar.
Kesalahan Mahathir ialah:
1. Apabila beliau menerima pelantikan sebagai perdana menteri selepas kerajaan PH menang 9 Mei 2018 merupakan langkah awal kesilapannya. Beliau sepatutnya tidak menerima pelantikan itu dan berpuas hati kerana sudah berjaya menjatuhkan Najib Razak dan kerajaan kleptokrasi sebab itu cita-citanya. Perjuangan dan politiknya patut sudah tamat di situ.
Mulanya saya fikir itu yang akan dibuat Mahathir, tetapi tidak, rupanya beliau menerima bahkan sangat ghairah dengan menjadi PM kedua.
2. Apabila PH telah membuat konsensus bahawa beliau dua tahun sahaja menjadi PM, sepatutnya beliau mematuhi dan akur kepadanya. Belum pun sampai dua tahun dan beliau masih ada waktu kira-kira lima bulan lagi untuk terus berkhidmat sebagai PM, tetapi beliau gagal mematuhinya dan cuba berhasrat menjadi PM sehingga tamat penggal langkah itu membunuh integritinya.
3. Setelah beliau menunjukkan kekerasannya, enggan berhenti apabila genap dua tahun, beliau meletakkan tempohnya selepas Persidangan Kemuncak Ekonomi Asian (Apec). Tindakan ini menjadi lebih jelas lagi kesilapannya menjadikan orang berbulu dengannya.
Begitu pun PH (Anwar) sedia memberi laluan demi menghormatinya, tetapi beliau masih tidak berpuas hati dan cuba berkhidmat lebih lama dari itu. Kenyataanya selepas mesyuarat majlis presiden, katanya terserah kepadanya memberi gambaran sikap diktatornya.
4. Mahathir sekali lagi tidak akur dan menghormat keputusan Majlis Presiden dan pengakuan Anwar yang telah mengalah dan sedia menunggu saat dan ketika yang dirasaikan sesuai beliau melepaskan jawatan, tetapi diam-diam Mahathir merestui rancangan untuk merampas kerajaanya sendiri. Dengan harapan apabila dia berjaya merampas kerajaan dia akan terus menjadi PM tetapi had masa dan batasnya.
5. Rampasan itu berjaya digagalkan dan pecah tembelang kerja-kerja jahat beliau bersama kooradinatornya Azmin Ali. Kegagalan itu tidak bermakna beliau perlu meletak jawatan, Anwar masih lagi memberi peluang demi tidak menimbulkan kekeruhan dan keretakan dalam PH kerana ingin menjaga mandat rakyat. Malangnya Mahathir terus bermain sandiwara dan tidak menghormatinya dan meletak jawatan sebagai PM. Tindakan ini satu perjudian besar dan bahaya.
6. Apabila Yang diPertuan Agong menerima perletakan jawatan itu, beliau dilantik menjadi PM Interim. Pelantikan ini beliau mengira akan menyelamatkan dirinya, sebaliknya yang berlaku. Dia tidak boleh menggunakan jawatan ini untuk melakukan apa yang dikehendakinya seperti dia jadi PM. Di sinilah kesilapan besarnya dan kesilapan itu memakan dirinya dan menyusahkan rakyat.
8. Kebencian dan mahu memastikan Anwar tidak dapat jadi PM, beliau bersedia ke Istana yang membuat perhitungan apakah Anwar atau dia cukup angka untuk dipilih sebagai PM. Ternyata sekali lagi dia gagal apabila mendapat kurang 60 undi berbanding Anwar 92 undi.
9. Setelah menyedari kekalahan itu, dia cuba memulangkan kuasa memilih PM kepada Parlimen. Beliau mencadangkan 2 Mac parlimen bersidang untuk menentukan siapa mendapat majoriti. Cadangan ini jelas menunjukkan pengkhianatan berpanjangan kerana dia sanggup mengemukakan cadangan itu walaupun bertentangan dengan perlembagaan; bahawa kuasa melantik Perdana Menteri itu dibawah bidang kuasa yang di-Pertuan Agong bukannya parlimen.
Itulah kesalahan, kesilapan yang boleh juga dianggap pengkhianatan Mahathir kepada PH dan juga dirinya. Intipati kepada semua langkah yang diambil itu atas satu tujuan sahaja untuk tidak membenarkan Anwar menjadi perdana menteri. [wm.kl 8:02 am 28/02/2020]
Catatan ini tidak dipostkan pada masa yang ditulis. Dipostkan sebagai dokumen ingatan buat saya sendiri.

No comments:
Post a Comment