RENCANA KHAS
SATU cadangan dan pandangan dirumuskan setelah melakukan beberapa perbincangan secara virtual dengan beberapa mereka yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ekonomi. Cadangan yang di rasa dapat membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini yang dilihat masih belum mempunyai apa-apa rangka ekonomi sendiri?
Cadangan itu berupa rangka pembangunan ekonomi yang dinamakan Model Pembangunan Ekonomi (MPE). Menarik untuk ditinjau dan dinilai beberapa cadangan dan pandangan hasil dari perbincangan kami ini.
Ada baiknya juga dan mungkin inilah salah satu hikmat perintah larangan menghadkan pergerakan yang berlaku sekarang, kerana saya dapat berintraksi dan bertukar fikiran serta berbicara panjang soal masalah ekonomi negara dan perihal kerajaan baru.
Mereka ada autoriti tersendiri dengan melihat kepada track record dan pengalaman mereka masing-masing. Memang mereka semua ada kepakaran, berair mulut bila berbual pasal ekonomi dan pembangunan negara.
Saya membuat simpulan awal kepada intipati butiran perbualan dan pandangan itu semua sebagai sebuah rangka Model Pembangunan Ekonomi (MPE). Menariknya model ini diberi keutamaan kepada golongan 70% penduduk termiskin di Malaysia tanpa mengira kaum.
Kadar sederhana.
MPE itu hendaklah dirangka dengan kadar perkembangan yang sederhana tidak begitu cepat atau laju, sesuai dengan tahap yang boleh diterima oleh kira-kira 70% golongan rakyat termiskin di negara ini. Ia juga sejajar dengan keadaan ekonomi sekarang ini yang kadar pertumbuhannya lembab kerana berbagai faktor, terbaru Covid-19. Ertinya model ini mementingkan rakyat golongan 70% termiskin.
Ada sebab kenapa mereka mahukan rangka itu tidak terlalu laju atau cepat, kerana untuk mempastikan ia tidak memberi faedah berganda kepada golongan kapitalis, iaitu kira-kira 30% terkaya yang selalu melahap kekayaan kita dengan pelbagai perkhidmatan dan oporturnity yang diberi.
Bukan itu sahaja, MPE yang laju memberi faedah kepada pelabur luar yang sudah tentu tidak memberi kepedulian kepada rakyat negara ini.
Melawan kaadah sebelum ini.
Rangka ini sebagai melawan kaedah kerajaan sebelum ini, dimana, PM sebelum ini dalam usaha meningkat ekonomi (economic growth) biasanya akan melaksanakan berbagai Mega Project yang banyak memberi keuntungan kepada pelabur atau kontraktor asing.
Dalam perhatian mereka, projek-projek Mega yang bernilai melebihi RM1 billion kebanyakkan nya memerlukan pelaburan dari luar seperti daripada China, Jepun, Korea atau Eropah. Walaupun projek-projek tersebut dilaksanakan secara bayaran tertangguh (deferred payment) seperti BOT, PPP dan sebagainya, kerajaan tetap perlu juga membayarnya dalam tempoh katakan lima (5) hingga 10 tahun akan datang dalam jumlah yang berganda lebih besar, disertakan pula dengan “sovereign guarantee”, sebagai jaminan.
Kami berharap kerajaan PN perlu jujur untuk membantu 70% rakyat miskin dengan tidak melaksanakan Projek Mega sehingga kita sendiri mampu melaksanakan projek-projek berkenaan.
Jangan salah anggap, projek-projek mega bukan tidak perlu dibangunkan tetapi biarkan yang memaju dan membangun nya adalah oleh kita sendiri.
Sehubungan itu mereka berpandangan, Kementerian-Kementerian di JPM (Hal Ehwal Ekonomi), Usahawan,Pertanian, Perdagangan Dalam Negeri dan Pembangunan Luar Bandar), wajib menyalurkan segala pemikiran dan kepakaran untuk digembeling dan fokuskan untuk merangka projek-projek pembagunan yang mampu di sertai oleh majoriti golongan 70%.
Kami yakin projek-projek ini mampu dilaksanakan sendiri oleh GLC dan syarikat-syarikat gergasi (MNCs) lain milik rakyat Malaysia bagi mengelakkan tidak banyak limpahan wang kita ke luar.
Peranan atau pembangunan ini boleh dimainkan oleh syarikat-syarikat seperti EPF, PNB, LTAT, SIME DARBY, Tabung Haji, Khazanah Nasional , TNB, Telekom, Johor Corp, Berjaya Group, Petronas, Celcom, SEDC-SEDC, YTL, MAXIS, dan lain-lain syarikat gergasi milik rakyat Malaysia.
Pada pandangan mereka MITI pula harus memfokuskan halatujunya untuk mencari para pelabur asing melalui FDI untuk melabur dalam projek-projek yang boleh menambah nilai atau value added kapada economics activities kita sahaja.
MITI patut beri tumpuan untuk mencari dan mengenalpasti apa-apa sahaja sektor yang melibatkan teknologi-teknologi dan penemuan baru. Negara memerlukan FDI dari foreign capitalists yang sedemikian.
Sebagai contoh dalam bidang Biotech, mungkin ada teknologi baru dari China dan Cuba yang boleh membunuh kuman-kuman atau vaksin untuk ; influenza, Aids, Sars, terbaru Covid-19 dan lain-lain penyakit kronik.
Pelabur asing saperti daripada China atau Cuba yang terkenal masyhur dalam industri ini biotech ini boleh di tarik pelaburan mereka ke Negara kita. Kita boleh sedia kan insentif cukai seperti tariff untuk tempuh tertentu.
Ini menjadi cabaran baru buat MITI. Jika ini boleh dilakukan kita boleh bersaing dan setanding dengan perkembangan industri baru dan modern dengan negara maju lain.
Peranan MITI untuk tarik pelaburan dalam bidang industri yang biasa dan dalam bidang infrastruktur yang majoritinya boleh dilaksanakan GLCs dan MNCs milik rakyat Malaysia, harus di scale down.
Bajet besar 2021.
Sejajar itu mereka menyeru , kementerian seperti seperti JPM (Ekonomi), Usahawan, Pertanian, Pembangunan Luar Bandar, Komoditi, Perdagangan Dalam Negeri , Pelajaran (termasuk KPT), Sains dan Teknologi harus di perkasakan dan diberi peruntukan yang besar dan berganda dalam Bajet 2021 nanti.
Untuk memastikan gagasan ini tercapai kementerian-kementerian tersebut wajib menjadi pemangkin dan peneraju utama untuk melahir, melatih secara berskala besar gulungan professional. Kerajaan juga harus serious untuk mewujudkan dan memodali serta membangun pekilang-pekilang kecil dan sederhana, usahawan tani, usahawan, pemborongan, peruncitan dan peniaga-peniaga dari golongan 70% tersebut.
Manakala sektor SMEs dan peniaga kecil dan mikro harus di bangun secara pesat, bantuan kewangan harus di sedia kan tetapi secara pendekatan yang komersial, bukan untuk tidak dibayar balik oleh golongan 70% yang tidak bertanggungjawab.
Sekali lagi mereka ingin menekankan golongan 70% ini patut diberikan keutamaan untuk mendominasi sebagai penduduk, peniaga atau usahawan di SGC atau PKEB ini.
Peranan pendidikan.
Dalam pada itu Kementerian yang berkaitan dengan pendidikan pula harus menggalak dan menjuruskan para pelajar di semua peringkat supaya mengambil jurusan berkaitan dengan STEM (Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik) dan dan TVET.
Kita perlu melahirkan ramai golongan professional yang berkemahiran bila graduate nanti. Kami mencadangkan sekurang-kurang dalam satu keluarga ada dua orang PROFESSIONAL. Ini harus menjadi KPI Kementerian.
Kejayaan seseorang baik ianya seorang karyawan (makan gaji) , industrialist, pekilang-pekilang, petani modern/usahawan tani, peniaga kecil atau pun seorang usahawan adalah berkaitan rapat dengan seorang yang dapat melaksanakan tanggung jawab masing-masing secara yang betul, berethika murni, amanah dan sistematik, inilah yang dimaksudkan seorang yang professional.
Kami menegaskan sudah tiba masanya MPE seperti dicadangkan itu dilaksanakan.
Ia akan menjadi strategi yang memberi impak besar (high impact strategy) kepada negara.Setiap Kementerian harus mewujudkan KPI masing-masing selaras dengan tugas berat masing-masing iaitu untuk, 1)menaik pendapatan (mungkin 3 kali ganda dalam masa 3 tahun ini) dan 2) meningkatkan status sosial,3) me modern kan kawasan luar bandar dengan kewujudan SGCs dan PKEBs yang baru, semua nya untuk gulungan sasaran 70% yang kami maksudkan
Mereka benar-benar bersemangat untuk melihat perubahan, kalau perdana menteri terdahulu sibuk membangunkan negara untuk mencapai status negara maju dengan membina berbagai projek mega, sampailah masa nya Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kebetulan anak seorang ulama berkhidmat untuk memajukan golongan 70% ini yang masih belum terbela sepenuhnya.
Kebetulan PAS juga bersama dalam kerajaan PN kini menyebabkan apa yang kami kemuka dan harapkan itu adalah sangat sesuai dengan pendekatan kesederhanaan parti bernuansakan agama itu.
Sesungguhnya pandangan dan cadangan mereka ini elok untuk dianalisa dan diperimbangkan untuk di jadikan sebagai satu agenda pembangunan ekonomi kerajaan PN.
Sementelahan pula kerajaan PN yang dibentuk secara tiba-tiba atas maksud hendak menyelamatkan keadaan seperti mana akui Muhyiddin, molek kalau mengambil rangka MPE ini sebagai dasar utama ekonominya kalaupun tidak dijadikan manifesto. [wm.kl. 5:18 pm 24/03/2020].

Mereka melihat ada banyak keuntungan sekiranya projek-projek mega itu dilaksanakan sendiri oleh kita. Dan ini tidak mustahil. Perkara ini menjadi amalan di negara-negara seperti Turki, Taiwan dan Korea dan mereka berjaya mengekang pengaliran wang ke luar dengan banyak.

Arahan perlu dibuat agar kementerian-kementerian tadi merangka strategi MPE yang memberi keutamaan kepada pembangunan kawasan-kawasan sub-urban, dan luar bandar. Sebagai contoh, satu projek mega bernilai RM20 billion boleh diganti dengan mewujudkan mungkin sehingga 20 projek pembangunan bandar-bandar baru di kawasan luar bandar, atau menaikan taraf bandar-bandar dan pekan-pekan kecil menjadi Setalite Growth Centers (SGC) atau Pusat Kegiatan Ekonomi Baru (PKEB).
Sekali lagi mereka ingin menekankan golongan 70% ini patut diberikan keutamaan untuk mendominasi sebagai penduduk, peniaga atau usahawan di SGC atau PKEB ini.
Peranan pendidikan.
Dalam pada itu Kementerian yang berkaitan dengan pendidikan pula harus menggalak dan menjuruskan para pelajar di semua peringkat supaya mengambil jurusan berkaitan dengan STEM (Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik) dan dan TVET.
Kita perlu melahirkan ramai golongan professional yang berkemahiran bila graduate nanti. Kami mencadangkan sekurang-kurang dalam satu keluarga ada dua orang PROFESSIONAL. Ini harus menjadi KPI Kementerian.
Kejayaan seseorang baik ianya seorang karyawan (makan gaji) , industrialist, pekilang-pekilang, petani modern/usahawan tani, peniaga kecil atau pun seorang usahawan adalah berkaitan rapat dengan seorang yang dapat melaksanakan tanggung jawab masing-masing secara yang betul, berethika murni, amanah dan sistematik, inilah yang dimaksudkan seorang yang professional.
Kami menegaskan sudah tiba masanya MPE seperti dicadangkan itu dilaksanakan.
Ia akan menjadi strategi yang memberi impak besar (high impact strategy) kepada negara.Setiap Kementerian harus mewujudkan KPI masing-masing selaras dengan tugas berat masing-masing iaitu untuk, 1)menaik pendapatan (mungkin 3 kali ganda dalam masa 3 tahun ini) dan 2) meningkatkan status sosial,3) me modern kan kawasan luar bandar dengan kewujudan SGCs dan PKEBs yang baru, semua nya untuk gulungan sasaran 70% yang kami maksudkan
Mereka benar-benar bersemangat untuk melihat perubahan, kalau perdana menteri terdahulu sibuk membangunkan negara untuk mencapai status negara maju dengan membina berbagai projek mega, sampailah masa nya Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kebetulan anak seorang ulama berkhidmat untuk memajukan golongan 70% ini yang masih belum terbela sepenuhnya.
Kebetulan PAS juga bersama dalam kerajaan PN kini menyebabkan apa yang kami kemuka dan harapkan itu adalah sangat sesuai dengan pendekatan kesederhanaan parti bernuansakan agama itu.
Sesungguhnya pandangan dan cadangan mereka ini elok untuk dianalisa dan diperimbangkan untuk di jadikan sebagai satu agenda pembangunan ekonomi kerajaan PN.
Sementelahan pula kerajaan PN yang dibentuk secara tiba-tiba atas maksud hendak menyelamatkan keadaan seperti mana akui Muhyiddin, molek kalau mengambil rangka MPE ini sebagai dasar utama ekonominya kalaupun tidak dijadikan manifesto. [wm.kl. 5:18 pm 24/03/2020].
No comments:
Post a Comment