Wednesday, March 11, 2020

Rapat pemimpin, bina semangat untuk kembalikan kerajaan PH

RAPAT PEMIMPIN

KEHILANGAN KERAJAAN TIDAK
MELEMAHKAN SEMANGAT MEREKA.
SELEPAS dua minggu kehilangan kerajaan, Pakatan Harapan (PH) telah mengadakan rapat pemimpin bertempat di Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Rapat itu bertema "Pertahan Mandat Rakyat" menghimpun para pemimpin parti komponen PH dari peringkat tertinggi hingga pemimpin peringkat negeri dari semua peringkat.

Ia diadakan secara tertutup.


Himpunan itu penting selepas PH kehilangan kerajaan bagi memulihkan semangat para ahli dan penyokongnya.

Mereka yang sebelum ini memegang apa-apa jawatan tertinggi daripada menteri hingga kepada agensi kerajaan atau MPKK perlu dipulih semangat mereka. Kehilangan kerajaan tempoh hari satu kejutan buat mereka, peristiwa yang sukar diterima sampai kini.

Kerana semua berlaku dalam masa singkat, sekelip mata sahaja menyebabkan ramai terpinga-pinga tidak mudah untuk mempercayainya. Saat dan ketika kerajaan PH hendak hilang, ia bagaikan satu tragedi mala petaka persis gempa bumi atau tsunami.

Semua orang jadi kalut dan terpinga-pinga sukar untuk membuat perhitungan tepat. Putaran ombak peristiwa itu sangat laju dan kencang menjadi orang panik dan histeria kebingungan.

Hadirin yang melimpah di luar dewan.
Lantaran itu bagi mereka baru memegang jawatan dan masih asyik menikmati auara jawatan tiba-tiba semua keindahan itu tercabut, menangis sedih. Kehilangan kerajaan PH seperti kemalangan jalan raya yang meragut nyawa kawan kita yang baru tadi mengopi bersama kita. Sedetik berpisah tahu-tahu kawan itu telah tiada. Ia menyedih dan memilukan.

Dari segenap penjuru.
Menggengam tangan menyatukan tenaga dan jiwa
untuk mengambil balik kerajaan.
Ramai yang hadir pada malam rapat pemimpin itu. Mereka hadir dari segenap penjuru tanah air. Semua peringkat atau pemimpin sayap hadir. Antara pemimpin yang sempat saya sapa, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Syed Husin Ali, ahli Parlimen Pasir Gudang Hasan Karim, Phakrolrazi Zawawi, Husam Musa, Lim Kit Siang dan lain-lain.

Kalau pun saya tidak ternampak daripada Sabah dan Sarawak sahaja. Namun setiap negeri menghantar wakil masing-masing, sebagai duta untuk mendengar penjelasan dan membawa pulang amanat penting pemimpin.

Majlis dimulakan dengan pengucapan oleh ketua-ketua penerangan parti, Tony Phua (DAP), Shamsul Iskandar Md Akim (PKR) dan Khalid Samad (Amanah). Pengucap pemula diberikan oleh Setiausaha Agung PKR merangkap Ketua Sekretariat PH Saifuddin Nasution Ismail yang memberi senario dan menjelaskan apa tindakan harus dilakukan parti.

Saifuddin kini mengambil tempat Saifuddin Abdullah yang telah mingat daripada PKR dan PH kerana mengikut "jantan keparat" selaku Ketua Sekretariat PH yang baru.

Pertemuan tertutup yang mendaftar (pemimpiin)
sahaja dibenarkan. 
Saifuddin dalam ucapan pemulanya memberi tahu tindakan, penyusunan dan pengemasan Sekretariat PH yang sebelum ini dibawa Saifuddin Abdullah ia semacam ada dan tidak ada sahaja. Katanya sekretariat itu akan mengadakan pertemuan setiap minggu dan akan mengeluarkan polisi dan dasar PH yang diputuskan oleh majlis presiden PH.

Dua pemimpin PH dari Johor Hassan Karim
dan Salahuddin Ayub. 
Langkah diambil ini dilihat tindakan segera untuk mengimpakkan kewujudan Majlis serta menyebarkan segera segala maklumat dan tindakan terbaru parti.

Justeru beliau menyeru agar perubahan dan tindakan pantas itu perlu dilaksanakan di peringkat negeri masing-masing. Sekiranya sekretariat diperingkat negeri mengambil pendekatan dan tindakan sama, beliau yakin semangat ahli dan penyokong serta rakyat dapat dipulihkan.

Rapat itu kemudian dipenuhi dengan sessi ucapan pemimpin-pemimpin utama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan kemuncaknya Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Mungkin ada yang tertanya-tanya dan berandaian sendiri di kalangan yang hadir pada malam itu kenapa majlis itu seakan sedikit lompong tanpa ada sama pemimpin tertinggi PPBM. Sebelumnya, dikira majlis itu akan turut sama dihadiri Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi PH, namun beliau tidak kelihatan.

Mereka yang belum tahu mungkin tertanya-tanya kenapa Mahathir tidak ada malam itu, tetapi yang sedar dan faham, mereka tidak perlu bertanya lagi kerana PPBM telah diumumkan keluar daripada PH oleh Muhyiddin Yassin. Adapun sebab-sebab kenapa PPBM ditarik keluar rasanya tidak perlu diulang sebut disini. Atas kedudukan itulah barang kali tidak munasabah untuk Mahathir datang sama malam itu.

Biarlah soal Mahathir itu, di sini apa yang hendak diberi gambaran mengenai makna dan natijah rapat pemimpin berkenaan. Ternyata sekali wajah-wajah yang memenuhi dewan yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 itu, berbaur antara duka dan cerita, sedih dan gembira. Ada wajah sebam ada wajah optimis.

Yang sedih kerana mereka sangat terkesan dengan kehilangan kerajaan, tetapi mereka ceria kerana dapat berhimpun dan bertemu untuk memulakan langkah baru setelah lebih setahun berenggang. Kehilangan kerajaan disebabkan pengkhianatan itu semacam satu "baptis" semula kepada PH.

Tetapi yang nyata segelintir sahaja yang berduka. Banyaknya tidak pun menampakkan berduka lara dan lemah semangat. Bahkan ada yang lebih bersemangat lagi dalam menghadapi tragedi yang berlaku itu.

Wajah Anwar, sebak, sedih geram
dan tegas.
Foto FB Anwar.
Setiap kali pengucap melapazkan bicara menyeru agar kembali bersatu dan membenci pengkhianatan, hadiran bersorak dan bertepuk. Laungan slogan perjuangan berselang seli dengan Reformasi, Reformasi. Sorakan dan sambutan itu sedikit pun tidak menggambarkan mereka terheret dengan kedukaan atas apa yang berlaku.

Masing-masing nampak seperti siap sedia untuk melawan balik dengan penuh jitu dan gigih lagi bagi mengembalikan kerajaan mereka yang dirompak. Dalam pada itu kemarahan hadiran kepada si pelaku  rompakan itu ketara sekali. Mereka tidak memaafkan.

Apabila Mohamad Sabu membuat lawak mangalu-alukan timbalan presiden PKR Azmin Ali dan naib presidennya Zuraida Kamaruddin, hadirin melaung dan mengejek sambil menjerit, pergi mampus, pengkhianat. Sikir telinga saya mendengar. Seorang hadirin di sebelah saya menghentak kakinya ke lantai kerana geram dengan usikan Mat Sabu itu.

Nah, lawakan Mohamad Sabu itu memberi gambaran, kemarahan kepada Azmin yang disifatkan sebagai ketua pengkhianat, jantan keparat yang bertindak sebagai "kooradinator" melakukan rampasan kuasa. Presiden Amanah itu turut memberi ketegasan dan prinsip dirinya dalam perjuangan yang perlu diamalkan oleh semua orang. Katanya, beliau dipanggil oleh Muhyiddin untuk sama-sama menubuhkan kerajaan baru dengan meninggalkan DAP, tetapi ditolak mentah-mentah.

Demi berpegang kepada prinsip persahabatan, beliau tolak pelawaan itu. Katanya kalau dia mengutamakan kedudukan dan jawatan beliau boleh bersama Muhyiddin dan kumpulan pengkhianat itu.

"Saya tolak pelawaan itu. Saya tidak sanggup mengadaikan maruah saya kerana mengejar kedudukan. Biarlah saya hilang nikmat sebagai menteri, tetapi maruah saya tidak tergadai," ujarnya keras dan tegas dengan disambut tepukan bergemuruh menyetujui dan kagum dengan pendirian bekas Menteri Pertahanan itu. Saya tidak pasti apakah ada hadirin wanita yang tersentuh dengan pendirian itu lalu mengelapkan mata atau pun tidak.

Tidak menyanyi.
Pengucap terakhir malam itu adalah Anwar Ibrahim. Seperti saya nukilkan dalam catatan awal dalam Facebook, malam itu Anwar tidak seperti Anwar sebelum ini dimana beliau agak sedih dengan apa yang berlaku. Anwar malam itu tidak menyanyi seperti biasa dan menyebut ingatpun nama isterinya Azizah seperti lazimnya. Dalam perhatian saya Anwar tidak pernah melupai nama isteri kecuali dalam majlis rasmi. Mudah sahaja untuk memahami Anwar, kalau beliau seronok beliau akan menyanyi, menari dan menyebut nama isterinya.Tetapi tidak untuk malam semalam.

Dari patah-patah pengucapannya, yang geram, sebak, marah dan tegas, saya boleh menyelami beliau kecewa dengan apa yang berlaku tetapi tidak berputus asa. Itulah Anwar yang saya bilang, "penjara bukan pusara" buatnya. Anwar insan juang yang telah membuat perhitungan dan perkiraan panjang lebar sebelum mendirikan rumah di tepi pantai. 

Apologetik beliau kepada hadirin dan PH dengan apa yang berlaku membabitkan rakannya dalam Keadilan sungguh menyebabkan.

"Kalau ada yang lompat dari Keadilan, saya mohon maaf, saya gagal mengawal mereka. Saya mohon maaf," katanya sambil mengangkat tangan apolegetik. Suasana sepi ketika Anwar memohon maaf yang tidak pun diperlukan dan dituntut itu.

Iya, Anwar tidak perlu pun meminta maaf kerana pengkhianatan dilakukan itu tidak disedari oleh sesiapa pun. Seperti katanya, "pengkhianat itu boleh senyum di hadapannya, boleh bersetuju dengannya, tetapi mereka tergamak menikam dari belakang."

Majlis malam yang bermula jam 6:00 petang bersurai 11:00 malam. Saya tenguk walaupun majlis bersurai sebelum jam 12:00 tetapi hadirin berat untuk meninggalkan dewan konvensyen itu. Masing-masing berat untuk melangkah pulang dan seolah-olah semua bersedia melakukan tindakan balas segera untuk membela dan memulangkan kerajaan mereka yang hilang itu. 

Meyimpulkan apa yang dilihat pada rapat rakyat itu seakan permulaan sewaktu PH hendak dibentuk dahulu. Ia terserlah kesungguhan dan kejituan semangat dan keikhlasan demi rakyat. Seandaianya apa yang disaksikan itu bukan satu sandiwara, saya yakin PH akan dapat menebus kekecewaan disebabkan perbuatan khianat itu dalam pilihan raya umum akan datang. Sebahagian rakyat yang masih percaya kepada sistem demokrasi dan mengutamakan prinsip dan integriti akan bersama PH dan mereka jengkil untuk menerima kerajaan hari ini.

Dari sinilah, saya nampak rampasan kerajaan itu ada menyembunyikan hikmat tersendiri. Rasa tidak senang rakyat dengan kerajaan sebelum ini, hilang begitu sahaja dengan perbuatan yang dianggap khianat itu terus berasap dan membara. Dan rampasan itu sesungguhnya memberi peluang untuk PH sedari diri dan mengatur jejak awal semula untuk berjuang bagi melaksanakan agenda besar yang menjadi jantung PH yang masih tidak terlaksana, yakni melakukan REFORMASI secara menyeluruh.  [wm.kl.6:02 pm 11/03/2020]

No comments: