ULASAN
ESOK kita akan memasuk fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas kita melaluinya selama 14 hari bermula 18 Mac hingga hari ini, 31 Mac. Fasa kedua akan bermula esok, 1hb hingga 14 April. Apakah selepas ini kita akan terus melangkah ke fasa ketiga, dua minggu lagi, yang membawa kira ke penghujung April? Hal ini masih terbata-bata dalam kepala dan mata kita.
Sebagai orang beriman dan ada pegangan tauhid kita berdoa agar ianya tidak.
Alhamdulilah fasal kedua kita dapat mematuhnya dengan baik. Walaupun ada yang kena tangkap dan dakwa kerana melanggar perintah berkenaan, kita anggap ia kes terpencil dan berlaku kerana belum ada kesedaran di kalangan rakyat. Menurut pihak berkuasa seramai 86 individu di seluruh negara setakat ini ditangkap dan didakwa dimahkamah kerana melanggar perintah berkenaan.
Kita harap di fasal kedua dan seterusnya nanti tidak ada lagi kes-kes tangkapan kerana melanggar perintah berkenaan. Kalau dalam fasal kedua masih ada yang melanggar, maka ia jelas satu "penghinaan" atau disengajakan. Maka wajar kalau mereka dikenakan tindakan hukuman tegas dan keras sesuai dengan apa diperuntukan dalam perintah berkenaan.
Mungkin juga langkah dan tindakan "draconian" yang dipraktis oleh sesetengah negara seperti di India yang memukul dengan rotan mereka yang enggan mematuhi perintah itu dilakukan.
Menurut pengamal dan pakar kesihatan termasuk dari WHO, di negara kita ada kemungkinan akan berlaku tsunami C-19 pada April nanti. Ini dikawatiri apabila terdapat seramai 8,000 kakitangan kerajaan memohon cuti dan mereka dijangka akan pulang ke tanah air pada minggu hadapan. Kepulangan mereka itu dibimbangi akan membawa balik virus berkenaan.
Sekiranya andaian dan kebimbangan ini jadi kenyataan, ia sesuatu yang menyulit dan membimbangkan. Mereka itu perlu disaring dan dikurantinkan. Pada masa ini masih terdapat kira-kira 4,000 orang dari kluster Tabligh yang perlu menjalani saringan kerana terlibat dengan himpunan Tabligh tetapi masih belum berbuat demikian. Dengan adanya jumlah tambahan itu ia membeban dan merumitkan pihak KKM untuk melakukan pembendungan C-19. Apakah KKM mampu untuk mengendalinya? Kegagalan mengendalinya memberi kesan buruk buat negara ini.
Tanggungjawab bersama
Umum menyedari bahawa wabak C-19 adalah tanggungjawab bersama. Bala yang diturunkan untuk semua tanpa mengira siapa. Justeru tanpa mengecualikan seorang pun rakyat negara ini, perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing untuk membendungnya.
Pun begitu, penanggung-jawab utama ialah kerajaan. Bila bercakap kerajaan, ia akan terpanggung di atas pundak dan bahu perdana menteri, Muhyiddin Mohd Yassin.
Muhyiddin baru sahaja mengambil alih kerajaan baru Malaysia ini, baru hendak masuk bulan kedua. Jika diikutkan adab tidak sepatutnya beliau dibebankan dengan masalah sebesar hari ini. Negara sudah kehilangan nyawa kerana wabak ini. Tetapi apa boleh buat nasib yang perlu dipikul Muhyiddin tidak siapa tahu dan tidak siapa menghendakinya.
Sebelum ini beliau sendiri berada dalam kerajaan PH sebagai Menteri Dalam Negeri, hari ini beliau adalah Perdana Menteri. Tugas dan tanggungjawab beliau lebih besar dan mencabar. Semua mata kini tersorot kepada beliau, memerhati sejauh mana beliau mampu melaksanakan tugas sebagai kepala negara.
Sehingga ke hari ini kita tidak dapat memahami kenapa beliau tiba-tiba sanggup mengambil alih kerajaan dengan melangkau ketuanya sendiri Dr Mahathir Mohamad. Saya pasti kalau Muhyiddin mengetahui nasib negara yang berlaku sekarang beliau tidak akan sedia untuk mengambil alih kerajaan.
Sebaik beliau mengangkat sumpah jadi PM ke-8, beliau ada berkata tindakannya itu adalah untuk menyelamat keadaan. Apakah keadaan yang dimaksudkan itu tidak dijelaskan lanjut. Apakah beliau bimbang dan tidak percaya dengan kerajaan PH di bawah pimpinan Mahathir Mohamad? Apa yang boleh dihubungkaitkan, sebelum ini tersebar dakwaan dan tanggapan kerajaan PH tidak bernuansakan Islam dan Melayu.
Apakah keadaan dan kondisi itu menjadikan Muhyiddin rela dan berani melakukan untuk merubah keadaan mengambil alih kepemimpinan yang tidak menguntungkan bangsa dan agama. Kita tahu bahawa ahli Parlimen Pagoh itu dikenali sebagai seorang nasionalis, beliau pernah mengatakan bahawa beliau akan memperjuangkan kepentingan Melayu dahulu baru bangsa lain. The Malay first, katanya.
Apakah beliau terhasut dan terkecek oleh seseorang atau kumpulan yang desparate dalam politiknya dengan memancingkan Muhyiddin dengan umpan yang memang diimpikan Muhyiddin itu, yakni kepentingan Melayu? Wallahualam.
C-19 ancaman besar.
Di sini saya tidak mahu mengutara dan membahaskan perkara itu, tetapi ingin menyorot permasalahan yang sedang berladum di hadapan PM ke 8 itu dan membuat tilikan rengkas apakah beliau mampu menghadapinya dan sejauh mana ketahanannya sekiranya wabak ini berlamaan.
Masalah paling besar kini bukan keperluan untuk beliau mengisi kekosongan kerajaan PH yang menodai banyak kepentingan Melayu dan Islam. Itu sudah jadi perkara nombor dua. Perkara utama dan nombor wahid disini adalah wabak Covid-19.
Wabak ini adalah menjadi kayu ukur kepada jaya atau tidak beliau sebagai PM. Wabak ini adalah kertas ujian pertama buatnya sebelum diwisudakan sebagai perdana menteri. Tampaknya dalam tempoh 100 hari pertama ini Muhyiddin dan jemaah menterinya kena menghadapi kertas ujian ini.
Kejayaan beliau berhadapan dengan masalah ini, membolehkan orang memaafkan kepada kelemahan-kelemahannya yang lain. Rakyat tidak mengira apakah pertumbuhan ekonomi negara naik atau turun, KDNK susut atau melonjak, nilai import dan eksport bertambah atau berkurangan. Tetapi paling utama apakah wabak coronavirus ini akan berakhir dalam tempoh tersebut.
Katakan, C-19 ini berterusan untuk beberapa bulan lagi. Misalnya ia turut menjenguk sampai ke bulan Ramadhan (Mei). Ini bermakna dalam tempoh 100 hari, Muhyiddin kena bergabung dengan wabak ini. Masa 100 hari ghalib bagi seorang PM baru untuk berbulan madu dan berselfie, sudah tidak ada. Muhyiddin langsung tidak dapat berbulan madu dan berselfie lagi, tetapi terus kena melayani anak (Covid-19) anak yang dilahirkan.
Barangkali begitulah nasib kalau ijab kabul dilakukan selepas berzina, anak lahir sebelum cukup 9 bulan 10 hari? Manakala si ayah tidak boleh berselfie kerana di muka ditutupi mask.
Pakej Prihatin rakyat.
Pada 26 Mac lalu Muhyiddin membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin Rakyat) bernilai RM 250 billion. Antara matlamat atau kesegeraan PRE adalah untuk menghadapi C-19 disamping sudah ada kesan kemelesetan ekonomi. Beliau sudah dapat membayangkan rakyat dalam situasi gawat menghadapi virus ini, oleh sebab itu pakej itu dibentang dengan penuh bergaya dan bangga. Muhyiddin sifatkan rahsia besar.
Daripada jumlah itu sebanyak RM128 billion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat. RM100 billion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS), manakala RM2 billion untuk memperkukuhkan ekonomi negara. Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja diperuntukan RM500 million untuk menangani C-19.
Jelas PRE itu adalah untuk membantu rakyat dalam kegawatan menghadapi C-19. PRE itu dialu-alukan oleh rakyat, dan ada rakyat (yang tidak fasih ekonomi) teruja dengannya apabila Muhyiddin membuat contoh rakyat biasa pun akan mendapat RM8,000 daripada pakej berkenaan. Walaupun teori Makcik Kiah itu dipertikaikan kelogikannya oleh berbagai pihak dan menganggapnya teori "tipu" tetapi ia akan menggembirakan rakyat. Rakyat menanti-nanti dengan penuh harapan.
Suatu hal yang kena terima bahawa negara masih mempunyai wang sebanyak itu untuk diberikan kepada rakyat. Dipihak pembangkang yang menjadi kerajaan selama 22 bulan menyifatkan wang berkenaan adalah hasil penjimatan oleh kerajaan terdahulu dalam perbelanjaan.
Persoalan sekarang ini, apakah pakej rancangan ekonomi itu benar-benar akan sampai kepada rakyat dan dapat bantu meringankan beban mereka? Apakah Makcik Kiah akan dapat menikmatinya dan mengurangkan penderitaanya dalam menghadapi tempoh berkenaan? Inilah yang perlu dipastikan oleh kerajaan Muhyiddin. Soal inilah kini yang menjadi perdebatan utama. Soal apakah pembentangan pakej itu perlu dibawa ke parlimen atau tidak, sudah tidak timbul lagi kerana ia dibenarkan dalam pelembagaan dan sudah menjadi kebiasaan?
Muhyiddin perlu menghuraikan satu persatu ke mana dan bagaimana wang itu dibelanja dan disalurkan. Walaupun beliau boleh dipercayai atas sifatnya sebagai anak kepada seorang tuan guru, tetapi dari segi peraturan dan tuntutannya ia perlu dibawa ke parlimen.
Segera salur.
Dalam pada itu kesegeraan menyalurkan peruntukan itu juga penting. Kerajaan tidak perlu mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakannya. Proses juga mungkin tidak perlu begitu rumit dan dikenakan syarat-syarat yang tidak wajar apalagi berbentuk politik.
Sudah pasti bantuan kepada rakyat itu akan dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan di agensi tertentu. Tidak dinafikan juga ia membabitkan orang awam, seperti NGO, individu dan parti politik. Bantuan disalurkan oleh pegawai kerajaan tidak perlu diragui. Mereka akan berbuat dengan penuh jujur mengikut peraturan yang ada. Tetapi bantuan disalurkan oleh NGO, individu dan parti politik mungkin perlu dipantau.
Kita tidak mahu orang politik mengambil kesempatan melampau atas kemudahan bantuan disediakan oleh kerajaan dalam pakej itu. Bantuan hendaklah diberikan penuh adil dan saksama, semua rakyat perlu terlibat tanpa mengira anutan politik. Tetapi kalau ada orang politik bertaraf menteri meletakkan gambar wajahnya disupik beras yang hendak dibagikan, itu sudah dikira melampau. Satu penyalahgunaan bantuan kerajaan untuk kepentingan politik.
Berbicara fasal ketelusan dan jaminan bantuan itu akan sampai kepada rakyat, apakah kerajaan perlu menubuhkan unit pemantau khas bagi menjamin peruntukan dan bantuan ini sampai kepada sasaran dengan sempurna. Perlukah? Barang kali untuk memastikan saluran itu telus dan sampai, unit khas pemantau ini perlu ditubuhkan. Sebaiknya dalam unit ini disusupkan sama pihak berkuasa seperti SPRM dan lain-lain.
Muhyiddin perlu memerhati saluran bantuan dan peruntukan diberikan itu diguna sebaik mungkin dan berjalan lurus. Jika ia tidak berjalan lurus dan ada penyelewengan di sebalik bantuan itu kesannya nanti kepada dirinya juga. Hari ini mata telinga awam berada di mana-mana. Kemudahan dan ketinggian teknologi maklumat (IT) secara tidak langsung menjadi pemantau kepada setiap kegiatan dilakukan.
Begitu pun ia tidak boleh diharap kepada pemantauan awam semata-mata, melainkan pihak berkuasa yang rasmi juga perlu memainkan peranan proaktif.
Sesungguhnya apa yang berada di hadapan Muhyiddin hari ini sangat berat dan mencabar. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Tanpa kerjasama semua pihak pendukung kerajaan, orang politik, para menteri Muhyiddin akan bermasalah. Ini ditambah lagi dengan sikap pembangkang yang tentu rasa tidak puas hati dan terkilan dengan cara Muhyiddin menjadi PM, menambahkan lagi bebanan buat perdana menteri itu.
Sekiranya masalah ini berlaku, tertakdir pula C-19 ini berlanjutan berbulan-bulan, ia memberi tekanan jiwa dan perasaan kepada Muhyiddin yang berakhir dengan beliau akan angkat tangan. Kalau Muhyiddin berundur siapakah yang akan menjadi penyambut panji kerajaan PN, apakah ada yang layak dalam empat orang menteri kanan itu?
Sekiranya mereka tidak berkelayakan dan sedia memikul tanggungjawab dan berat itu, tidak ada pilihan lain, melainkan parlimen perlu dibubarkan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan baru. [wm.kl.10:56 am 31/03/2020].
Muhyiddin: Masa bulan madu dirampas Covid-19. |

Selepas berakhirnya PKP fasa kedua nanti, ia tidak memberi keyakinan perintah ini ia akan berakhir. Dengan melihat kepada jumlah kes yang dikesani setiap hari tidak nampak tanda-tanda pengurangan. Secara purata dalam seminggu lalu lebih 100 kes baru setiap hari, manakala angka kematian juga masih belum terhenti. Setakat ini sudah 35 orang mati akibat C-19.

Banyak pihak sudah menzahirkan rasa bimbang dan ragu berhubung dengan peruntukan bantuan kepada rakyat ini. Dengan mengambil pengalaman lalu, dimana sering berlaku ketirisan dan keciciran dalam membelanjakan peruntukan kepada rakyat, menyebabkan ada yang was-was peruntukan itu tidak sampai. Ini menyebabkan wang itu akan berpusing ke arah lain dan mereka yang tidak membutuhkannya mendapat manfaat. Justeru mereka mahu ia dibawa dan dibahaskan di parlimen bagi memastikan ketelusannya.
Muhyiddin perlu menghuraikan satu persatu ke mana dan bagaimana wang itu dibelanja dan disalurkan. Walaupun beliau boleh dipercayai atas sifatnya sebagai anak kepada seorang tuan guru, tetapi dari segi peraturan dan tuntutannya ia perlu dibawa ke parlimen.
Segera salur.
Dalam pada itu kesegeraan menyalurkan peruntukan itu juga penting. Kerajaan tidak perlu mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakannya. Proses juga mungkin tidak perlu begitu rumit dan dikenakan syarat-syarat yang tidak wajar apalagi berbentuk politik.
Sudah pasti bantuan kepada rakyat itu akan dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan di agensi tertentu. Tidak dinafikan juga ia membabitkan orang awam, seperti NGO, individu dan parti politik. Bantuan disalurkan oleh pegawai kerajaan tidak perlu diragui. Mereka akan berbuat dengan penuh jujur mengikut peraturan yang ada. Tetapi bantuan disalurkan oleh NGO, individu dan parti politik mungkin perlu dipantau.
Kita tidak mahu orang politik mengambil kesempatan melampau atas kemudahan bantuan disediakan oleh kerajaan dalam pakej itu. Bantuan hendaklah diberikan penuh adil dan saksama, semua rakyat perlu terlibat tanpa mengira anutan politik. Tetapi kalau ada orang politik bertaraf menteri meletakkan gambar wajahnya disupik beras yang hendak dibagikan, itu sudah dikira melampau. Satu penyalahgunaan bantuan kerajaan untuk kepentingan politik.
Apa yang kita temui itu, beras "ditepek" gambarnya, mungkin kes-kes terjumpa itu berlaku secara tidak sengaja tetapi masih banyak kes-kes lain yang serupa. Perbuatan ini tidak patut berlaku dan satu perbuatan biadab. Tanpa mengira siapa dan daripada parti mana kalau perbuatan seperti itu berlaku ia adalah biadab dan bukan teladan yang baik.
Berbicara fasal ketelusan dan jaminan bantuan itu akan sampai kepada rakyat, apakah kerajaan perlu menubuhkan unit pemantau khas bagi menjamin peruntukan dan bantuan ini sampai kepada sasaran dengan sempurna. Perlukah? Barang kali untuk memastikan saluran itu telus dan sampai, unit khas pemantau ini perlu ditubuhkan. Sebaiknya dalam unit ini disusupkan sama pihak berkuasa seperti SPRM dan lain-lain.
Muhyiddin perlu memerhati saluran bantuan dan peruntukan diberikan itu diguna sebaik mungkin dan berjalan lurus. Jika ia tidak berjalan lurus dan ada penyelewengan di sebalik bantuan itu kesannya nanti kepada dirinya juga. Hari ini mata telinga awam berada di mana-mana. Kemudahan dan ketinggian teknologi maklumat (IT) secara tidak langsung menjadi pemantau kepada setiap kegiatan dilakukan.
Begitu pun ia tidak boleh diharap kepada pemantauan awam semata-mata, melainkan pihak berkuasa yang rasmi juga perlu memainkan peranan proaktif.
Sesungguhnya apa yang berada di hadapan Muhyiddin hari ini sangat berat dan mencabar. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Tanpa kerjasama semua pihak pendukung kerajaan, orang politik, para menteri Muhyiddin akan bermasalah. Ini ditambah lagi dengan sikap pembangkang yang tentu rasa tidak puas hati dan terkilan dengan cara Muhyiddin menjadi PM, menambahkan lagi bebanan buat perdana menteri itu.
Sekiranya masalah ini berlaku, tertakdir pula C-19 ini berlanjutan berbulan-bulan, ia memberi tekanan jiwa dan perasaan kepada Muhyiddin yang berakhir dengan beliau akan angkat tangan. Kalau Muhyiddin berundur siapakah yang akan menjadi penyambut panji kerajaan PN, apakah ada yang layak dalam empat orang menteri kanan itu?
Sekiranya mereka tidak berkelayakan dan sedia memikul tanggungjawab dan berat itu, tidak ada pilihan lain, melainkan parlimen perlu dibubarkan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan baru. [wm.kl.10:56 am 31/03/2020].
No comments:
Post a Comment