Friday, November 23, 2007

AnalisaTerbuka

11 Orang Yang Merosak Imej dan Menyusahkan Abdullah Selaku PM

MSO

MUNGKIN disebabkan terlalu sibuk maka Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat hendak membuat penilaian dan pemerhatian sendiri secara jujur dan tepat mengenai orang-orang yang boleh merosakkan kerjaya politiknya dan memburukan imej pentadbirannya selaku Perana Menteri.

Sedangkan beliau tidak dapat menolak hakikat bahawa di sekelilingnya kini terdapat berbagai manusia yang boleh dan telah mecemarkan imejnya dan menyusahkan beliau sebagai perdana menteri. Gara-gara orang atau tokoh berkenaan yang comoti dan pelbagai masalah maka cemarnya terkena juga ke atasnya.

Hari ini seharian kerana kebetulan tidak ada urusan yang mendesak dan hal lain lebih penting saya cuba membuat kajian ringkas mengenai tokoh-tokoh yang menjadi liabiliti kepada Abdullah. Menghimpun komen dan kritikan orang ramai dari berbagai sumber, hasilnya terdapat sekurang-kurangnya 11 orang atau individu utama yang telah menjadi sokong membawa rebah ataupun menjadi setitik nila yang merosakan susu sebelanga dalam pentadbiran Abdullah selaku PM.

Di bawah ini disenaraikan menurut markah (ranking) paling tinggi mereka yang boleh merosak dan membawa imej buruk kepada Abdullah sebagai perdana menteri.

No: 1. Khairy Jamaluddin - Menantu lelaki sulong Abdullah. Tentang Khairy orang melihat beliau telah menggunakan kedudukan dan pengaruh Abdullah untuk kepentingan dirinya mendapat peluang perniagaan dan kontrek Kerajaan.

Imej bersih Abdullah ini juga tercalar kerana imej Khairy yang ego dan sombong terutamanya ketika mengeluarkan ulasan dan serangan balas politik.

No: 2. Zainuddin Maidin - Menteri Penerangan. Serangan beliau kepada pembangkang menerusi media massa pro kerajaan, pemanipulasi berita untuk kepentingan dirinya serta membela Abdullah dalam kes-kes tertentu yang dilakukan dengan penuh kesombongan dan bersikap dialah yang bijak menyebabkan orang ramai meluat dengan gelagat itu dan kesannya terheret kepada Abdullah.

No: 3. Abdul Rashid Abdul Rahman - Pengerusi SPR. Kenyataan, sikap dolak dalih serta mulut celuparnya yang mencabar pihak-pihak yang mendakwa beliau (SPR) menipu agar kemukakan bukti menyebabkan orang marah kepada Rashid. Cara beliau mempertahankan dirinya dan SPR seolah beliau turut sama bersubahat membentengi kerajaan BN. Apa lagi Abdullah tidak pernah memberi jaminan untuk memperbetulkan perjalanan pilihan raya yang diurus tadbirkan oleh Rashid.

No: 4. Musa Hassan - Ketua Polis Negara. Pergeseran beliau dengan Ketua Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Ramli Yusuf sehingga membawa kepada pendakwaan Ramli menjadikan orang meragui akan tugas dan tindakan Musa selaku orang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara. Tuduhan mengatakan beliau menerima rasuah juga menjadikan orang meragui akan integritinya selaku ketua poilis negara.

Abdullah menerima kesan itu apabila menyambung kontrek Musa selama setahun lagi.

No: 5. Ahmad Firuz Abdul Halim - Ketua Hakim Negara, pendedahan klik vido percakapan VK Linggam yang didakwa kononnya dengan beliau telah menimbulkan rasa kurang percaya orang ramai kepada tugas beliau sebagai Ketua Hakim Negara.

No: 6. S Samy Vellu - Menteri Kerja Raya, kenyataan-kenyataannya berhubung masalah dalam JKR yang sering ditunding kepada pihak lain dan enggan bertanggungjawab, menjadikan orang ramai merasakan dia seorang menteri yang lucu (babok). Kenaikan konsesi tol setiap tahun dilihat kegagalan beliau selaku menteri yang tidak berusaha membantu rakyat. Abdullah menerima tempias ini kerana tidak menukar kedudukan Samy Vellu sebagai menteri JKR.

No: 7. Jeanne Abdullah - Isteri Abdullah. Kemesraan melampau dan berlebihan yang ditunjuki oleh Jeanne yang selalu mengekori Abdullah ke majlis-mahlis Kerajaan dan beberapa kali kerap ke luar negeri dan penampilannya sering berpakaian sedondong dengan Abdullah, menyebabkan orang merasakan Jeanne mengada-ngada dan lebih teruk berbanding dengan Allahyarhmah Endon. Jeanne juga mula diperkatakan telah cuba menggunakan kedudukannya untuk kepentingan keluarganya.

No: 8. Kalimullah Hassan - Bekas Ketua Pengarang NST, hubungannya dengan Khairy dan membentuk rangkaian perniagaan dengan menantu PM itu dilihat sebagai orang yang mengatur dan menguruskan Khairy dalam politik dan menjadi dalang kepada agenda politik peribadi Abdullah. Tindakan itu secara langsung menjadikan orang menuduh Kalimullah Hassan sebagai agen yang ingin menjualkan Malaysia kepada Singapura.

No: 9. Ahmad Zahid Hamidi - Timbalan Menteri Penerangan, dakwaan beliau terlibat dalam memukul dan membelasah duda dari Kelantan Amir Bazli sehinggakan penyek dahi, pecah tengkorak dan kabur mata mencemarkan imej Abdullah dan orang beranggapan Kabinet Abdullah memiliki seorang kaki pukul nombor wahid yang berselindung di sebalik wataknya sebagai ahli politik yang berakhlak dan beragama.

No: 10 Mohamad Khir Toyo - MB Selangor, layanannya kepada setinggan, melarang masjid dari mengadakan tazkirah di bulan Ramadhan menyebabkan beliau dilihat sebagai anti agama. Hadiah penyapu kepada PBT yang gagal mencapai prestasi menunjukkan beliau tidak tahu menghormati orang lain dan seorang menteri besar di era Abdullah yang tidak memiliki sahsiah keMelayuan tulen.

No: 11 Mohamad Nazri Aziz - Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kononnya lulusan undang-undang dan arif mengenai Perlembagaan negara tetapi kadang kala menunjukkan sikap jahilnya mengenai hal itu. Lagak dan sifatnya yang pongah ataupun berkuasa menyebabkan orang ramai meluat dan sering geram dengan kenyataan yang dikeluarkannya. Kesan sikap menteri yang berwajah kassanova itu ialah kepada Perdana Menteri yang lemah lembut.

Itulah 11 indivdu atau tokoh yang pada masa ini memberi damage kepada Abdullah sebagai Perdana Menteri. Orang atau individu ini sangat dibenci oleh pembangkang pada waktu ini, kebencian itu pula melarat kepada Abdullah. [wm.kl. 7:30 pm 24/11/07]

4 comments:

Anonymous said...

Ini adalah benar dan jika tidak dihayati oleh Pak Lah, nescaya ianya akan mendatangkan mudarat kepada Melayu dan negara akan turut sama terjerumus. Kita perlu memikirkan kesejahteraan negara dan generasi akan datang. Malangnya, pemimpin sekarang kebanyakannya memikirkan masa depan mereka dan keluarga mereka sendiri. Jika ini berterusan, kita akan tergelincir dalam kancah politik ala-Afrika. Ini adalah malang.

Anonymous said...

Bukan saja tergelincir ke kancah politik ala-Afrika. Silap haribulan, rakyat Malaysia terpaksa merempat jadi buruh kasar kat negara orang. Dah la terpaksa jadi buruh kasar, lepas tu pulak kene tipu dengan ejen pekerjaan. Dok kat negara orang macam dok kat penjara negara sendiri.

Lepas tu pulak anak dara Malaysia terpaksa jadi bibik terutamanye untuk orang2 Arab. Kalau jadi bibik tu tak per jugak, ini kene rogol, dera dan bunuh. Lepas tu pulak keluarga kat kampung terima duit pampasan dan kes tutup.

Begitulah akan jadi murahnya harga diri kita kalau beginilah hala tuju negara kita. Nauzubillah.

Sekarang ni pun sudah ada tanda2 sepertimana anak dara Malaysia kene tipu sampai merengkok di penjara luar negara.

kakitidur said...

MSO,
bagi saya yang menjatuhkan Pak Lah adalah diri dia sendiri. Pak Lah bukanlah penganti yang dicari-cari oleh TDM tetapi bidan terjun kerana kesuntukan masa. Dari dulu lagi Pak Lah adalah seorang yang lemah dan tidak mempunyai matlamat didalam kehidupannya kerana kalau dilihat dari awal pengajiannya dia adalah seorang yang gagal. Kerana kegagalan untuk meneruskan pengajian dibidang ekonomi dia beralih kepada ugama. Pak Lah juga bukanlah seorang Menteri Luar yang bagus dan nasib baiklah dimasa itu Malaysia mempunyai TDM dan DSAI yang menyerlah keseluruh dunia yang menyenangkan kerja Pak Lah. Pak Lah tak pernah dilihat sebagai saingan dari dahulu oleh orang disekelilingnya kerana itulah sebenarnya Pak Lah. Dari dulu lagi Pak Lah tidak mempunyai cita-cita yang tinggi tetapi telah di"tolak" oleh arwah isterinya dan sekarang ini anak-anak dan anak menantu dan yang terbaharu isteri barunya untuk terus berkuasa. Dimasa pemerintahan Pak lah ini Malaysia sekarang ini semakin menurun namanya dimata dunia. Seluruh dunia tahu akan kelemahan Pak Lah dan ini amat memalukan. Oleh kerana kelemahan ini Pak Lah terpaksa menaikkan orang yang lebih lemah darinya sebagai Menteri/Ketua kerana kalau di angkat orang yang bijak pandai nama Pak Lah dimata dunia akan terus jatuh kerana ditengelami oleh menteri yang lebih bijak darinya.
Untuk anak menantu dan isteri barunya pula sudah menjadi resam dunia jikalau seseorang manausia itu naik dia pun akan cuba menaikkan anak isteri dan saudara maranya. Jangan takut tentang ini kerana apabila Pak Lah sudah tidak menjadi PMlagi orang-orang ini pun akan hilang seperti debu yang ditiup angin.

Anonymous said...

Pak Lah taklah selembut yang kita kenali dulu. Kini beliau adalah Ketua di kalangan menteri menteri cabinet. Apa yang lebih memalukan ialah sikap yang lemah lembut dan berbudi bahasa itu disalah gunakan oleh sesetengah golongan Menteri sehingga mencemarkan Malaysia di mata dunia. Beliau seharusnya lebih berhati hati dengan kerenah anak menantunya Khairy. Khairy merupakan seorang yang kurang disenangi di kalangan masyarakat umum dengan tampilannya.

Biar apapun Pak Lah harus menerajui Malaysia sebagai seorang ketua negara