Saturday, November 3, 2007

Reaksi Penjenguk

Salam

AKHIR-AKHIR ini email saya semain banyak di isi dengan pesanan dan mesej oleh penjenguk blog ini. Disebabkan keterbatasan ruang dan juga kebanyakan mesej itu bersifat lepas geram dan tidak ditulis dengan teratur dan beretika, saya tidak berniat untuk menyiarkan.

Bagaimana pun saya tetap mengucapkan terima kasih kepada penjenguk yang berbuat demikian kerana itu menandakan mereka berani memberi reraksi mengikut kehendak sendiri.

Dibawah ini saya paparkan sebuah tulisan menarik (tanpa suntingan sepenuhnya) oleh penjenguk blog ini yang menamaka
n dirinya sebagai Adi Erwan, Kota Damansara. Mudahan ada manfaat daripada tulisan Adi ini. Terima kasih.

Harapan Dan Teguran Ikhlas Kepada Pas
Assalamualaikum wbt MSO, Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dengan saudara setelah terbaca blog saudara dan juga saya bersetuju dengan sdr Nor Hasin Shah Alam yang saya kenali (orang sekampung).

Pada tahun 2008 ini genap (lagi) 18 tahun PAS memerintah Kelantan yang sama masanya dengan UMNO menawan kembali Kelantan pada tahun 1978. Oleh sebab itu jika kita bandingkan masa tersebut “adakah putaran roda kehidupan akan berulang kembali ?

Saudara MSO, saya rasa saudara tentu bersetuju dengan saya, pengaruh Tok Guru Nik Aziz masih lagi kuat pada m
ata dan hati rakyat Kelantan termasuk juga UNMO, sehingga pimpinan PAS Kawasan-Kawasan tak mampu berada bersendirian tanpa bayangan Tok Guru walaupun sekadar gambar di banner sahaja apatah lagi membawa pendirian dan gagasan untuk rakyat sejagat.

Walaupun telah banyak kenyataan dan pandangan Tok Guru telah dimanipulasi oleh UNMO untuk menpengaruhi masyarakat tetapi ia tidak bertahan lama walaupun telah dicanangkan dan diwacana secara akademik sebagai contoh isu “tuhan samseng “ yang dijadikan isu nasional.
Di Kelantan isu ini telah ditolak oleh masyarakat seawalnya lagi, rakyat faham ia tidak lebih kepada penggunaan perkataan kedaerahan dan sama sekali tidak menggambarkan kepada maksud kepada perkataan asal tersebut.

Memberi ceramah

Penggunaan sesuatu perkataan kedaerahan sebenarnya mendekati kepada kefahaman dan minat seorang anggota masyarakat kepada sesuatu kuliah itu yang di terap oleh Tok Guru didalam Kuliah-kuliahnya, cuba kita bawa penceramah di luar Kelantan atau orang akademik dan memberi ceramah ditengah masyarakat ramai, saya rasa paling lama sepuluh minit lepas tu almaklumlah.


Terdapat banyak
vote secara langsung mengenai Tok Guru di TV yang sengaja diadakan bagi menganyang Menteri Besar Kelantan itu dan setakat ini menyebelahi Tok Guru yang terbaru kenyataan Tok Guru “perokok yang tahu akibat yang masih merokok berperangai tidak menggunakan akal ini adalah sama dengan tabiat haiwan."

Satu lagi yang menarik perhatian saya, apabila Kelantan secara rasminya membenarkan di buka pusat snooker di KB Mall baru-baru ini setelah 17 tahun memerintah oleh Tok Guru dilihat sekali lagi penerimaan masyarakat terhadap keputusan dan pendirian Tok Guru.


Saya rasa Dato’ Anuar Musa pun tak berani untuk merasmikan pusat snooker tersebut walaupun atas alasan sukan begitu juga dengan kenyataan mengenai perokok yang disamakan dengan haiwan yang tak menggunakan akal, satu kenyataan yang keras sebagai ahli politik tetapi tidak kepada seorang pemimpin NIK AZIZ NIK MAT. Kenapa jadi begini.

Saudara MSO pada pandangan saya kekuatan yang ada kepada Tok Guru adalah anugerah Allah s.w.t. kepada beliau. Sebagai rakyat, kita sendiri dapat melihat keikhlasan beliau memerintah walaupun kekadang sebagai manusia biasa beliau tak dapat lari dari melakukan kesilapan samada dengan tak sengaja atau sengaja digunakan oleh orang yang tidak bertanggung jawab termasuk pemimpinan PAS samada diperingkat negeri atau di peringkat kawasan-kawasan.
Tiada ungkapan yang sesuai dipadankan untuk Tok Guru oleh kita amilin parti pada setiap kesilapan kecuali “dia silap tapi dia ikhlas".

Mendapat penghormatan

Tetapi kita akan kehilangan satu mutiara yang sangat berharga selepas permergian Tok Guru untuk menghadap Allah s.w.t. kerana setakat ini, tiada satupun pimpinan PAS yang berpendidikkan agama yang mendapat penghormatan sedemikian rupa daripada masyarakat.
Kebanyakan mereka ini hadir dalam PAS semasa PAS telah memenangi PRU umum tahun 1990 dan bertanding dalam pilihan raya tersebut dikala PAS kuat serta memerintah di Kelantan.

Pada PRU 1995 ada yang diarah untuk bertanding sebagai calon PAS dan kena letak jawatan dan kerajaan samada Kerajaan Kelantan atau Pusat untuk bertanding tapi ia boleh lagi mengharapkan jika kalah calon PAS dalam pilihan raya tersebut, ia akan dilantik balik jawatan dalam kerajaan negeri (agensi kerajaan dan ahli lembaga pengarah ).

Saya tak nafikan ada veteran PAS ikhlas dengan pejuangan sebagai amilin dan pemikir kepada parti tetapi sekadar itu sahaja. Pada adabnya kalau dok luar gelangan suara pun dah tak bisa lagi samatelah untuk menegur pimpinan (kawasan) dan sedang mentadbir sekarang ini. Saudara MSO, 18 tahun memerintah dan juga berhadapan dengan masyarakat adalah satu jarak masa yang panjang dua generasi berlalu.

Pilihan raya Umum 1990 kita tawan Kelantan dengan isu perpecahan dalam UNMO dan terwujubnya Parti S46, pada Pilihan raya Umum 1999 selepas 10 tahun PAS memerintah, PAS memenangi pilihan raya tersebut dibantu Parti Keadilan serepihan dari UNMO, semangat dari kedua-dua peristiwa tersebut kian hilang, dalam masa yang sama PAS menghadapi masalah ukhuwah sesama ahli yang sepatutnya semai dari masa ke semasa dipupuk menjadi benteng yang perkasa yang akhirnya mendapat keredhaan dan pertolongan Allah dalam menghadapi cabaran yang besar di dunia apalah lagi di akhirat.


Keadaan kian lama kian berubah, kita jauh dengan prinsip pejuangan parti (FASAL 5 (1) perjuangkan masyarakat dan pemerintahan di dalamnya nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya). Apa yang terjadi disebaliknya, kita menjadi orang yang penting diri sendiri. Quran sepatutmya dibaca serta diamalkan sebagai panduan tetapi sebagai dibaca kepada masyarakat untuk taat kepada pembaca tersebut yang mengambil kesempatan dan kepentingan diri sendiri serta untuk menghentam UNMO sahaja.

Kita baca sejarah para sahabat, tabi', ulama yang soleh, pemerintah yang adil antaranya seperti Umar Abdul Aziz tetapi bukan untuk ilmu dan amal amalan baik mereka tetapi sekadar memberitahu Islam yang ada pada mereka adalah amalan Islam yang sebenar.

Bersumber Quran

Masyarakat memerhati kita mereka bukan mahu yang diajar sahaja tetapi melihat kerja buat kita bersesuaiankah, dengan kita baca yang bersumber dari Quran atau hadis, diatas pemerhatian itulah sampai sekarang ini masyarakat masih lagi mengharapkan kepimpinan Tok Guru untuk memimpin PAS Kelantan dan Pusat.

Ulama tidak semesti keluaran daripada Pusat Pengajian Khas Islam ia mungkin lahir dari pengajian umum tetapi diimbangi dengan pengajian agama dan yang lebih penting lagi berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan ajaran Islam dalam Masyarakat yang dapat dimanafaat oleh rakyat terbanyak.


Sudah banyak program untuk rakyat telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai contoh Kifalah warga emas, Kelantan Koridor Depu, projet kambing, kebajikan Almalah dan banyak lagi saya juga mengucapkan sekalong syabas YB. Dato’ Husam Musa walaupun sepenggal ke Kelantan kita sudah nampak peningkatan peranan Kerajaan Kelantan dan PAS tengah-tengah masyarakat tetapi dalam pada itu lemah di baiki, yang kurang ditambah, yang salah ditegur bukan kita pula mencari-mancari kesalahan, kekurangan, kelemahan dan kita pakat-pakat jaja.


Apa bezanya kita dengan UMNO, mereka juga ada ulama keluaran Al Azhar, jika pendidikan agama menjadi asas pilihan? Sudah tentu juga, UNMO boleh menjadi pilihan kita. Renunglah kembali peranan kita sebagai pemimpin atau ketua parti PAS Kawasan kerana segala keputusan kita diperhatikan oleh rakyat.
Apa yang ditakuti sikap tidak baik kita dihakimi oleh rakyat dan PAS yang satu-satunya wadah kepada Islam di Malaysia menjadi mangsa disebabkan kita.

Perjuangan panjang

Kesianlah kepada mereka yang ikhlas memperjuang perjuang yang telah meninggalkan amanah ini untuk kita bawa dan diteruskan bagi generasi yang akan datang.

Renungkanlah pemimpin kita seperti Prof. Zulklifli Muhamad, Ustaz Fadhil Nor dan ramai lagi yang meninggal kita buat selama-lamanya dan ada dikalangan mereka yang telah syahid didalam meredah ranjau pejuang Islam ini.
Saudara MSO, Pilihanraya UMUM ke 12 satu kepastian, bila hanya Allah s.w.t. yang tahu, kita mengharapkan PAS Kelantan mengemukakan calon yang boleh memberi menafaat kepada parti dan juga memenangkan pilihan raya ini.

Rakyat mengharapkan Tok Guru dapat memilih pilihan yang tepat tidak seperti PRU 11 baru-baru ini.
Kita bukan sahaja memerlukan calon yang memenangi parti didalam pilihan raya yang akan datang tetapi untuk menjana parti-parti di Kawasan yang bagi saya terlalu lemah. Kemenangan tipis kita pada Pilihanraya Ke 11 baru-baru ini, bolehlah disifatkan sebagai teguran Allah s.w.t. terhadap kita yang leka terhadap kebajikan rakyat jelata dan tidak mengambil hasrat rakyat, mendahului hasrat kita.

Di kawasan saya Parlimen Machang, apabila hasrat anggota jemaah yang mewakili hasrat rakyat menolak YB lama tetapi pimpinan masih lagi mengekalkannya dengan alasan tak masuk akal yang akhirnya rakyat menghakiminya dengan jelas, apabila tiga DUN PAS menang satu Parlimen PAS kalah, adalah satu pertunjuk rakyat menolak keputusan yang tidak beradab telah kita laksanakan.

Ketika itu mungkin rakyat masih lagi resional menolak parlimen sebagai satu hukuman. Kita bimbang jika PAS Kawasan Machang masih lagi meletak diri sendiri sebagai pilihan utama membelakangkan jemaah, rakyat menghukum lagi dan dikala itu putusan tidak lagi menyebelahi kita.

Kita berdosa kepada jemaah dan Islam.
Apa yang dikatakan oleh Nor Hasin Shah Alam tentang pergolakkan PAS Machang sebagai orang Machang walaupun berada lama di KL, saya juga meneliti dengan serius pergolakan tersebut, cuma dapat saya simpulkan di sini dalam ruang yang terbatas ini, apabila kekuasaan yang dipunyai digunakan bukan untuk mendapat keredhaan Allah tetapi untuk kepentingan diri dan jawatan yang dipengang serta mengambil pendekatan pecah perintah yang dipinjam dari golongan kafir yahudi, tunngguu.........balasan Allah s.w.t. samada di dunia apatalah lagi di akhirat. Kita perlu ingat prinsip pejuangan yang membezakan kita dengan UMNO.

Kita juga diingatkan jangan alfa dengan ujian dan godaan kerana setiap manusia akan diuji pada kedudukan yang mereka berada sekarang. Kalau Ulama UNMO boleh tewas dengan ujian-ujian ini apakah Ulama PAS kebal? Kita diamanahkan untuk pertahankan kemuliaan PAS sebagai sebuah parti alternatif orang Islam di Malaysia, sebagai orang yang meneruskan pejuangan parti jangan disebabkan kita, PAS terkubur sesungguhnya kita telah berdosa kepada umat Islam sejagat.


ADI ERWAN,
Kota Damansara.

No comments: