Wednesday, November 7, 2007

Bingkas Rasa

Isu Penarikan Kebenaraan Terbit Mingguan Wasilah
Apabila Manusia Tidak Mengenali Manusia

MSO


MEMBACA dan menghanyati catatan penuh emosi sahabat saya Ramli Abdul Halim dalam blognya http://ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com/ menimbulkan simpati saya kepada beliau. Bagi mereka yang tidak faham dan tidak kenal Ramli akan men
ganggap Ramli sudah mengkhinati perjuangan dan seorang keturunan Adam a.s yang payah basa!

Sebelum sesiapa ingin melemparkan tuduhan kepada Ramli, saya harap sabar. Mereka seharus belajar mengenali siapa Ramli. Jangan dilihat kepada luaran fizikalnya yang hidup sedarhana dan tidak eksklusif. Tetapi cuba memahami pemikiran dan jiwanya yang kental dan tidak mudah dirombak oleh bah atau angin puting beliung.

Ramli memilik jiwa dan prinisp hampir sama dengan saya. Selaku pengamal media, dan penulis kami berpegang kepada prinisp kebebasan dan kebenaran. Dalam konteks ini kami berpegang kepada kebenaran sesuai dengan lunas-lunas ajaran agama Islam.

Baik Ramli atau saya tidak akan mudah merendah lutut kepada bujukan atau bersedia untuk melanggar prinsip dan pegangan meskipun ditawar dengan kebendaan. Kebendaan bukan matlamat sebalik ianya salah satu mekanisme untuk mencapai perjuangan.

Mungkir janji

Apabila Ramli menarik balik kebenaran menerbitkan Mingguan Wasilah orang akan menuduh beliau telah mungkir janji. Sudah pasti Ramli yang selama ini penuh kontroversi di kalangan pemimpin parti akan menganggap Ramli tidak jujur dan amanah dengan janjinya.

Sebelum ini pun sudah kedengaran yang beliau kononnya tidak mengenang budi kerajaan negeri Kelantan. Saya tidak faham dari sudut mana Ramli tidak mengenang budi kerajaan negeri. Apakah kerana beliau pernah berkhidmat selama lapan tahun dengan Urusetia Penerangan Negeri Kelantan, maka beliau dilihat sudah banyak mengepah budi dan mengulum jasa Kerajaan?

Apalah sebenarnya yang kerajaan berbudi kepada Ramli? Pada saya yang berbudi dan berjaya dengan kerajaan Kelantan ialah Ramli. Beliau sanggup mengorbankan profesyennya sebagai penulis dan penerbit semata-mata untuk berkhidmat dengan Urusetia Penerangan.

Bagi saya lapan tahun Ramli membuang masa dan mengorbankan prinsip dan profesyennya. Saya tahu Ramli tidak betah berada di Urusetia Penerangan yang laksana sebagai penjara hidup kepadanya. Betapa beliau di situ menjadi alat dan propagandis kepada sebuah parti politik.

Saya tabit 13 kali berturut-turut kepada Ramli kerana bertahan selama lapan tahun di situ. Saya sendiri tidak jamin berbuat mampu dan sanggup berbuat begitu. Di situlah mahal dan cintanya Ramli kepada perjuangan.

Mohon maaf

Selama lapan tahun itu beliau menjeruk rasa dan memendam perasaan. Kalau Ramli terseksa kerana berada di Urusetia Penerangan selama lapan tahun saya mohon maaf kerana saya terlibat dalam mengajak dan membujuknya agar berada di Urusetia itu.

Mengenai kenapa Ramli menarik balik kebenaran menerbitkan Mingguan Wasilah, saya cukup faham. Selama ini Ramli dalam dilema antara menginfakkan akhbar berkenaan kepada perjuangan dengan menghormati kemurahan dan menjaga hati dan perasaan KKDN memberikan permit berkenaan. Dalam hal ini saya cukup faham betapa teseksanya jiwa Ramli kerana satu masa kena jaga KKDN satu masa terpaksa mengikuti kehendak individu tertentu dalam perjuangan yang tidak selaras dengan kehendaknya.

Saya juga kini berada dalam situasi yang Ramli duduki itu. Dan keadaan ini orang tidak faham. Tidak boleh disalahkan juga kerana berat mata memandang, lagi berat bahu memikul.

Seperkara yang perlu disedari apabila Ramli menyintak kebenaran itu tentulah ada sebab dan alasannya. Di sini bukan soal kewangan kerana saya kenal dan tahu Ramli bukan seorang mata duitan. Beliau bukan orang yang pelahap dan sanggup melapah harta dan kekayaan Kerajaan untuk kesenangan dirinya. Saya dapat tahu wang imbuhan atas kemurahannya itu terpaksa dikongsi dengan orang lain!

Kenapa kejadian penarikan balik kebenaran itu berlaku saya rasa ialah kerana sikap ego dan kurang faham orang tertentu yang menguasai ke atas akhbar berkenaan. Itulah masalahnya. Saya rasa kalau saranan dan cadangan saya sebelum ini diterima pakai, tentu penarikan balik itu tidak akan berlaku. Saya pernah menyarankan agar tenaga Ramli digunakan sepenuhnya untuk penerbitan akhbar berkenaan.

Tetapi kerana manusia ini semuanya ego dan masing-masing merasakan dialah yang bijak dan pandai, maka berlakulah apa yang sepatutnya boleh dielakkan itu. Apabila terjadi apa yang sudah terjadi kini, maka siapa yang rugi? Pada saya Ramli tidak rugi tetapi pihak yang mengharapkan Mingguan Wasilah sebagai media mempertahana dan menjadi wadah perjuangan parti itulah rugi.

Kepada Ramli diharap bersabar menghadapi sumpah seranah yang akan datang bertalu-talu selepas ini! Kalau kaki tidak masuk tersadung onak dan duri jangan masuk ke hutan belantara! [wm.kl. 12:00 am 07/11/07]

No comments: