Sunday, November 11, 2007

Susupan Malam

Letih Melayan Orang-Orang Yang Buta Maklumat

MAAF kalau saya menulis agak kasar. Al maklumlah jiwa masih panas dan hangat dengan peristiwa semalam. Para provokasi dan propanganda murahan dan tidak ada kelas dari pihak Kerajaan dan Umno menyebabkan darah saya naik. Ada yang kata perhimpunan semalam tidak jadi, dan ada yang kata yang hadir hanya 300 orang saja. Pembohongan fakta yang nyata amat dikesali.

Orang yang buta maklumat dan malas untuk membuka internet atau taksub kepada media penjilat buntut kerajaan akan menerima bahawa himpunan semalam tidak jadi. Ini kerana tidak ada laporan oleh media arus perdana kecualilah akhbar berbahasa Cina yang tidak ramai pula orang Melayu membelinya apa lagi tahu pula membacanya.

Baru sekejap seorang rakan telefon dan bertanya, apakah himpunan semalam jadi ataupun tidak. Menurutnya apa yang beliau dengar, himpunan itu tidak jadi. Memang benar himpunan tidak jadi dan tidak dapat diadakan di Dataran Merdeka kerana dataran itu disekat dan dikepung oleh ribuan polis.

You baca surat khabar yang menjadi perkakas BN dan Umno tentu tidak ada dilaporkan peristiwa semalam. Kalau you nak tahu baca internet, atau jenguk blog saya. Tenguk dan renung sendiri gambar yang dipaparkan, dan cubalah ambil pensel bilang berapa jumlah mereka yang hadir.

Rabun politik

Kawan saya ini bekas Adun Umno dan bergelar Datuk. Dulu sokong Anwar Ibrahim macam nak rak, bahkah janggut dan misainya persis Anwar. Lepas itu hilang arah dan tidak dapat membuat ketentuan politik kerana rabun politik. Alih-alih saya dapat tahu setelah beliau menjual pertubuhan yang dikepalainya dan menggadaikan sebilangan ahli jawatankuasanya beliau berpaling menyokong Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak.

Namun dia ini seorang yang baik hati. Lembut, sabar. Tidak mudah melatah. Dia juga sikit lurus bendul, ada kalanya nampak lebih lurus daripada Pak Lah, Perdana Menteri itu.

“Cuba you pergi ke istana, sekarang (sebab nak pergi semalam takut) tenguk bagaimana keadaan rumput dan landskap di hadapan istana, lempek dan lenyek tak? Dari situ you dapat tahu apa yang berlaku semalam,” cadang saya dengan sedikit rasa marah dan kecewa dengan sikap kawan ini yang buta maklumat.

“Ia tanya you sebab you lebih hampir,” balasnya tidak sedikitpun membayangkan rasa marah atau jengkil dengan sikap saya. Semalam ketika saya di tempat ceramah Anwar Ibrahim di Taman Melawar, Gombak yang dihadiri lebih 5,000 dia telah telefon dan ingin mendapat maklumat mengenai perhimpunan 100,000 rakyat itu. Apabila saya menyebut saya dekat Anwar dia tergesa-gesa mahu memutuskan percakapan.

Sebenarnya orang seperti ini ramai di Malaysia ini. Orang seperti inilah menyusahkan orang lain. Tidak tegas dan konsisten di dalam perjuangan dan menyokong seseorang. Orang seperti ini tidak patut diajak berjuang. Sekejap ke hilir sekejap ke hulu, ikut harus macam lalang. Bahkan lebih baik lalang daripada orang sebegini, lalang hanya setakat pucuk dan daunya saja menurut angin tetapi akar tetap kuat mencengkam bumi!

Persoalan teman itu saya rasa sengaja untuk tidak mahu menerima hakikat apa yang berlaku. Bukan saja manusia jenis kelas tiga sepertinya, namun orang kelas pertama seperti Najib Razak juga tidak mahu menerima hakikat dan cuba memutarbelitkan isu atau mempolitikan himpunan berkenaan.

Lunak juga kenyataan Najib berhubung dengan himpunan itu seperti mana disiarkan akhbar arus perdana. Katanya himpunan itu boleh menimbulkan persepsi buruk terhadap negara oleh negara-negara luar. Ewah, manis mulut merah Najib. Kalau dihidu nafas Najib bebau hipokrit dan munafik dalam soal ini. Najib seakan melupai apa yang sedang membelit dirinya dan mudah menunding jari kepada orang lain.

Begitulah dasar pemimpin yang mulut manis jubur masam, kata orang Kelantan. Pemimpin yang nampak kuman di seberang tetapi tidak nampak gajah di birai mata. Persepsi buruk apa Jib?

Tanggapan buruk

Berlambak lagi kejadian dan insiden yang boleh memberi tanggapan buruk dunia luar kepada Malaysia. Kenapa Jib tidak bercakap mengenainya. Kalau Jib terlupa dan tidak nampak saya akan senaraikan di bawah ini. Saya tidak mahu bawa kejadian atau kes yang melibatkan orang lain, tetapi apa yang ada di sekitar kaki Jib sendiri.

1. Kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya.

2. Kes perbicaraan pembunuhan Altantuya.

3. Kes pertukaran pendakwa, hakim dan saksi dalam perbicaraan Altantuya.

4. Kes pembelian kapal selam dan komisyen sebanyak RM400 juta.

5. Kes pembelian kapal perang Sukoi, Russia dengan komisyen RM500 juta.

6. Kes isteri anda yang dikatakan suka membeli belah ketika di luar negara.

Apakah kes-kes itu tidak menimbulkan persepsi buruk dunia luar ke atas tanah air kita. Apakah Jib tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh keluarga Altantuya dan hak asasi manusia negara itu? Saya tidak mahu mengatakan Jib terlibat atau menuduh Jib terlibat dalam kes itu. Cuma saya nak soal kenapa Jib tidak mengulasnya atau kenapa Jib jadi rabun ayam untuk melihat isu itu sebagai memberi kesan negatif kepada negara?

Jika hendak dikira persepsi buruk ke atas negara mengenai kes-kes di atas tadi lebih besar dan hebat berbanding dengan demonstrasi jalanan yang dilakukan seperti semalam.

Guna sikit akal. Jangan bercakap perkara yang boleh dipatahkan hujah oleh budak-budak. Jib kalau bercakap jamahlah kepala, atau pun cerminkan muka tengok bibir Jib merah ataupun biru. Jangan pakai hentam keromo sahaja. Rakyat hari ini bukan lagi kebanyakannya buta huruf seperti di zaman bapa Jib jadi Perdana Menteri dulu. Kita pemimpin tinggi, hebat dan bakal menjadi Perdana Menteri bercakap biarlah ada kelas dan munasabah.

Akhirnya kepada Jib dan sesiapa saja hendak ulas dan bincang soal himpunan rakyat semalam hendaklah behati-hati. Jangan membuat tuduhan melulu dan menyakitkan hati orang. Jib hendaknya jangan cuba pandai-pandai menjaga kestabilan politik orang lain, tetapi lebih baik menjaga keselamatan politik Jib sendiri.

Jangan hendaknya peristiwa dalam pilihan raya tahun 1999 dulu berulang lagi. Jib harus sedar dan bertaubat, dalam pilihan raya itu Jib sudah kalah. Parlimen Pekan sudah dapat ditawan oleh pembangkang. Kalau bukan kerana bantuan dan pertolongan orang berkedudukan mulia, hari ini Jib sudah tidak lagi berada di kerusi nombor dua negara. Jib mungkin sudah jadi macam Sabaruddin Chik, ataupun Fauzi Abdul Rahman, tesengeh-sengeh di luar Parlimen sambil menjual kerak (karak) gigi.

Ingatlah Jib kuasa tidak kekal, kekayaan tidak kekal, kecantikan isteri juga tidak kekal. Saiz bini juga senantiasa berubah. Apabila Jib menyebut Jib sudah lama menutup kilang (peranakan) dan kalau membuat rayuan pun kilang itu tidak boleh dibuka (untuk kahwin satu lagi), semasa perhimpunan agung Umno dua tiga hari lepas betapa naifnya Jib selaku orang jantan dalam kaca mata saya. Gurauan dan pengakuan Jib diperhimpunan itu turut memalukan saya sebagai orang jantan. Sorry Jib saya terkasar sikit kali ini. [wm.kl 3:05 pm 11/11/07]


No comments: