Sunday, November 18, 2007

Pemakluman

Catatan Perjumpaan Dengan Pemimpin Pas

Disebabkan menghormati seseorang dan untuk tidak mengeruhkan suasana, maka saya tidak bercadang untuk menyambung dialog pertemuan saya dengan seorang pemimpin tertinggi Pas yang dirakam dalam blog ini beberapa hari lepas.

Walaupun mulanya saya mengira dialog itu penting bagi Pas membuat mahasabah ke atas parti berkenaan terutamanya untuk menyertai pilihan raya depan, namun disebabkan untuk mengelakkan kontroversi maka ia terpaksa dihentikan.

Ada pihak yang bimbang catatan itu boleh menimbulkan masalah kepada sesetengah pihak dalam Pas di Kelantan.

InysaAllah akan saya salurkan pandangan dan juga hikmah yang dapat dikutip daripada perjumpaan itu menerusi saluran lain atau dengan olahan dalam tulisan-tulisan yang tidak terkhusus mengenainya.

Kepada beberapa orang penjenguk blog saya yang minat dengan catatan pertemuan itu, saya pohon maaf. Terima kasih saya ucapan atas kesudian para penjenguk terutamanya yang memberi perhatian kepada tulisan menerusi cacatan berkenaan. [wm.kl 1:00 am 18/11/07]

1 comment:

Anonymous said...

Ramai telah menjangkakan apa yang akan terjadi selepas Himpunan 100 000 rakyat.
Ya. Memang tidak dinafikan ia akan memberi political mileage pada BERSIH pada awalnya, dan pastinya kerajaan yang memiliki segala bentuk media akan spin isu tersebut supaya memihak kepada mereka.
Terkini, penafian YD Agung berkaitan perkenan baginda terhadap perhimpunan tersebut. Ia seolah-olah memberi gambaran buruk YD Agung terhadap peserta dan penganjur.
Seperti kata MSO (Mohd Sayuti Omar), apalah yang diharapkan oleh orang lain walaupun punya kuasa belum tentu akan bersama rakyat yang ditindas. Masih ramai lagi Musang Berjanggut seperti cerita P.Ramlee yang masih berlegar dalam Istana Negara. Datuk Ahli Nunjum, Datuk Nikah Kahwin, Datuk Mangkubumi, dan banyak jenis sepsis lagi datuk sebenarnya masih wujud dan masih tinggal di dalam istana raja-raja Melayu sampai ke hari ini.
Kenapa dituntut sangat pilihanraya adil dan bersih oleh pihak pembangkan dan NGO yang punya kesedaran terhadap perogolan sistem ini. Hujahnya senang sahaja, selagi mana sistem yang dirogol dan diperkosa oleh pemerintah/BN, selagi itulah rakyat akan terus diperintah oleh oleh menteri musang berjanggut yang kurang kecerdikan.
Bukan sedikit rakyat yang punya kesedaran akan kelemahan kerajaan yang memerintah. Bukan mereka tidak mengundi pembangkan , mereka telah memberi undi. \
Mungkin undi rakyat sacara jujur telah meletakan kerajaan UMNO kurang majoroti mudah 2/3.
Tetapi akibat manipulasi jentera kerajaan seperti SPR,JPN, polis dan sebagainya. Kerajaan perogol yang ada sekarang ini terus memerintah.
Kesan dari pemerintahan kerajaan perogol hak rakyat kini terlalu banyak untuk dinyatakan. Antaranya;
a. Kekayaan negara hanya berkisar kepada kroni dan kuncu-kuncu terdekat.
b. Kenaikan harga barang secara berleluasa
c. Penindasan terhadap golongan miskin. Seperti penduduk setinggan yang dinafikan hak mereka.
d. Kezaliman terhadap golongan penentang melalui ISA (bukan ISO)
e. Dan banyak lagi kezaliman dan penindasan yang akan berlaku.
Disini bukan bertujuan untuk membicarakan soal kezaliman pemerintah, cuma peranan secara berdikari untuk menghadapi kezaliman pemerintah.
Apalah yang nak diharapkan dari si warna kuning yang menjadi kebanggaan dan kesayangan rakyat. Lagipun, ramai antara kita yang tidak menjadikan warna kuning sebagai warna pilihan utama kita baik untuk pakaian, warna kereta peribadi dan sebagainya. Kuning bukan pilihan utama kita. Apatah lagi dalam menghadapi kezaliman pemerintah. Warna kuning tidak sedikitpun akan menjadi tangkai azimat yang akan memberi kita kemenangan.
Ayuh BERSIH bangkit menghadapi kezaliman dan penentang tanpa mengharapkan keajaiban warna kuning. Kita bukan Thailand yang dipimpin raja yang mencintai dan dicintai seluruh rakyat.